Sunday, March 20, 2011

masuk paper lagi...

Posted by cinda at 5:54 PM
pepagi dah msg aku.."yg bukak paper..muka i masuk utusan"...hokeh beb saye tengok skrangg...huh

Kaedah menarik belajar asas Islam


Dimuat turun melalui telefon pintar menjadikan aplikasi tersebut lebih mudah diperolehi.


"Tapi saya tidak menyangka pula ia mampu menarik minat orang ramai sekali gus tercalon dalam anugerah," ujar Pengarah Pemasaran, IslamKids.Media Sdn. Bhd., Shahril Affendi Mohd. Yusof.

Malah menurut Shahril Affendi, setelah memperkenalkan aplikasi Mobile Content yang dinamakan sebagai BabyKhalifah Mobile Learning Siries: My First Iqra, sambutan yang diterima daripada orang ramai juga amat menggalakkan.

Boleh dimuat turun melalui telefon bimbit daripada jenis iPhone dan iPod, menjadikan aplikasi tersebut digemari oleh sesetengah ibu bapa beragama Islam untuk mendidik serta menarik perhatian anak-anak mereka mendekati al-Quran dan Islam.

Jelas Shahril Affendi, BabyKhalifah Mobile Learning Siries : My First Iqra' merupakan salah satu tarikan yang sesuai kepada kanak-kanak berusia antara satu dan lima tahun.

Aplikasi tersebut menyediakan perkara asas pembelajaran mengenai Islam melalui watak kartun yang bernama Aisyah.

"Di sini kami menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya bagi memastikan kanak-kanak juga mampu menguasai bahasa tersebut dan Aisyah sebagai watak utama yang akan memperkenalkan perkara asas dalam Islam kepada kanak-kanak.

"Dewasa ini teknologi pembelajaran sudah berubah malah menjadi semakin canggih, justeru aplikasi yang disediakan ini dilihat mampu menarik minat kanak-kanak untuk memberi tumpuan dan memahami ajaran Islam dengan lebih mudah,'' katanya.

Ia juga berkaitan dengan fenomena kanak-kanak masa kini yang sangat meminati dan mudah terpengaruh dengan dunia kartun, justeru, medium yang sama digunakan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka.

Antara sukatan pelajaran pengenalan yang boleh dimuat turun melalui iPhone dan iPod oleh syarikat ini adalah MyFirst Iqra', MyFirst Arabic, Wudhu', I Love Allah, A Story for Muslims Kids dan MyMuslim Scholars.

Ditubuhkan pada September 2007, IslamKids.Media Sdn. Bhd. menumpukan perhatian kepada pembelajaran Islam dengan sasaran kanak-kanak Islam yang berumur satu hingga lima tahun.

Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan sukatan pembelajaran asas Islam, kakitangan IslamKids.Media Sdn. Bhd. turut terdiri daripada pakar teknologi, akauntan, penasihat perniagaan, pelukis animasi dan pemprogram dalam menghasilkan pembelajaran Islam secara digital.

Malah, syarikat ini juga turut menerima sokongan penuh daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui geran untuk memastikan objektif syarikat tersebut tercapai.

Menyelusuri asal penubuhan syarikat, Shahril Affendi bersama tiga lagi rakan perniagaannya memperkenalkan e-Learning melibatkan pengguna boleh memuat turun silibus melalui Internet.

Antara silibus yang diperkenalkan melalui Internet adalah terdiri daripada enam modul utama iaitu MyFirst Kalimah, MyFirstAdap, MyFirstSolat, MyFirstIqra', MyFirstArabic dan My Family.

Kemudian, ia diprogramkan agar boleh dimuat turun melalui telefon pintar dan ditonton oleh kanak-kanak.

Namun, tidak semua silibus dibekalkan didalam aplikasi kandungan telefon pintar ini kerana pada asasnya ia bertujuan untuk promosi sahaja.

Justeru, bagi mereka yang berminat, boleh muat turun daripada laman web syarikat ini iaitu IslamKidsMedia.com dalam bentuk e-Learning atau tempah terus Siri BabyKhalifah (dalam bentuk cakera padat) di talian 03-89258591.

Bagi pencalonan Anugerah ICT NEF-AWANI 2010, IslamKids.Media Sdn. Bhd. telah menawarkan Mobile Content yang dinamakan sebagai BabyKhalifah mobile Learning Siries: My First Iqra'.

Syarikat ini telah terpilih dalam kategori Kandungan atau Aplikasi Telefon Bimbit Terbaik.

Acara NEF merupakan dianjurkan Persatuan Industri dan Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF) bersama saluran berita televisyen, Astro Awani.

Menurut Shahril Affendi, pencalonan NEF telah membuka ruang baru bagi syarikat dalam memperkenalkan produk yang dihasilkan kepada pengguna.

"Bagi saya dan kawan-kawan, ini merupakan satu peluang yang baik untuk syarikat, bukan sahaja atas tujuan perniagaan malah ia sekali gus dapat membantu kami dalam proses berdakwah kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak," ujarnya.

3 comments:

  1. aku nk download la, ko dh download ke?

    ReplyDelete
  2. oooo ko pakai iphone ek...bole la kot
    laki aku dah la...aku dowload watpe

    ReplyDelete

chomelnyerrr korang sebab mengomen...

 

CeriteraCinda Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea