Wednesday, July 27, 2011

milik rakyat Malaysia?? siapa????

Posted by cinda at 12:50 AM




Beberapa buah laman web akhbar telah membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia iaitu Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion). Kat bawah ni gambar kapal tersebut.



Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Robert Kuok. Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

Buat yang tidak tahu, Tan Sri Robert Kuok merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia. Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.



Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan dimana keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.



Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.



Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.

2 comments:

  1. Kalulah kiter kaya mcm tu apa ke jadahnyer buat kapal salut mas baik buat baju salut emas tau pun rumah salut emas tui tak?..hehehe bila le gamaknya kita kaya mcm dier..agak2 bila ek?????

    ReplyDelete
  2. HWHEHEHE tanya aku watpe???
    tanya agen ko tu lahh...

    ReplyDelete

chomelnyerrr korang sebab mengomen...

 

CeriteraCinda Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea