Monday, February 28, 2011

Info: Sains Solat

Posted by cinda at 9:40 PM
Reactions: 
0 comments
Alhamdulillah pagi nih dapat panduan berguna bila jab.mengadakan ceramah mengenai sains solat
bagaimana solat memainkan peranan penting selain sebagai tiang agama ia juga sebagai satu saluran untuk kita menjaga kesihatan.(hahaha ayat skema gilos)..tp seriously mmg bagus sgt sbb sepanjang kita bersolat ade pergerakan yang sebenarnya salah dan memberi effect x elok untuk kesihatan kita..marilah kita sesama membetulkan solat kita selain menegakkan tiang agama dan mendapat kesihatan yang baik. amin..



SAINS DAN SOLAT

KAJIAN SAINS DAN SOLAT

Ibadat Solat difardukan ke atas setiap muslimin dan muslimat bagi menunjukkan kepatuhan penuh ikhlas seorang hamba terhadap KhaliqNya Yang Maha Agung. Solat yang ditunaikan dengan rasa khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata, akan membuahkan kenikmatan dan rahmat yang memenuhi segala aspek kehidupan dunia dan akhirat.

Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki hikmah dan kesan terapeutik perubatan daripada pergerakan ibadat solat yang sempurna kepada kesihatan manusia. Solat sebagai suatu aktiviti fizikal unik yang ditunaikan secara berterusan memainkan peranan penting dalam memelihara keseinambungan sistem fisiologikal manusia yang meliputi kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi.

HASIL-HASIL PENYELIDIKAN

Buku Solat : Kebaikan Dari Perspektif Sains ini diterbitkan untuk menerangkan beberapa keputusan kajian mengenai kesan pergerakan solat yang sempurna kepada kesihatan tu buh badan yang merangkumi aspek-aspek seperti sistem kardiovaskular, komposisi tubuh badan, aktiviti gelombang otak ketika bersolat and postur badan yang optimum.

Dengan memahami hikmah dan kebaikan yang dizahirkan daripada pergerakan solat yang sempurna, akan merangsang muslimin dan mulimat dalam menunaikan ibadat solat dengan khusyuk dan tawaduk. Semoga buku ini ada manfaatnya bagi kita semua dalam memahami hikmah dan kebaikan kesihatan disebalik ibadah solat kita, insya Allah.

Buku Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perspektif Holisitik: Buku ini adalah rentetan dari buku bertajuk ” Solat Kebaikan dari Perspektif Sains”. Dalam buku ini, kami mengupas pencegahan penyakit jantung dari perspektif sains perubatan dan juga perspektif Islam dan solat. Di sini jelas kelihatan bahawa selain daripada sains perubatan moden, gaya hidup Islam sangat praktikal untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kerana ia adalah petunjuk daripada Pencipta kita yang mengurniakan kita manual kehidupan (al-Quran) dan juruteravyang telah menunjukkan bagaimana kita melaksanakan secra praktik (Nabi Muhammad SAW).

Dapat dirumuskan bahawa amalan yang disyorkan dan dipraktikkan oleh sains perubatan moden adalah suatu amalan yang sememangnya telah disyorkan dalam gaya hidup Islam.

Buku Sakit Pinggang: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Dan Pergerakan Solat:Kajian kami telah membuktikan bahawa postur dan pergerakan solat dapat membantu dalam pemulihan sakit pinggang tidak spesifik. Terapi postur dan pergerakan solat ini bukan sahaja membantu penghidap sakit pinggang berbangsa Melayu tetapi juga membawa kebaikan kepada penghidap berbangsa lain, jika mereka mengamalkan senaman yanng menyerupai postur dan pergerakan solat, iaitu postur berdiri tegak dan pergerakan rukuk.

Buku senaman & Regangan Solat: Kompenen-kompenen dalam gerakan solat yang dilakukan secara terus-menerus memberikan kesan yang positif dan bermanfaat kepada tubuh manusia sama ada daripada aspek fizikal mahupun emosi. Dalam buku ini, kami telah mengupas mengenai pergerakan dan postur solat serta persamaannya dengan senaman yang diperakukan pakar. kajian kami membuktikan bahawa gerakan otot-otot semasa solat mampu memperbaiki keanjalan dan kekuatan otot sendi.

Buku Senaman Dan Regangan Solat ini ialah rentetan daripada buku Solat-Kebaikan dari Perspektif Sains yang kami terbitkan sebelum ini. Fokus buku ini adalah kepada persamaan yang terdapat antara postur dan pergerakan solat berbebtuk terapi senaman yang bermanfaat kepada sistem tubuh manusia.

Segala maklumat lanjut buku-buku boleh diperoleh di sini.


"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk." (Al-Baqarah:238)


jejari asmara 2nd giveaway

Posted by cinda at 12:32 AM
Reactions: 
0 comments

Sunday, February 27, 2011

kat sini ade hantu!!

Posted by cinda at 7:18 PM
Reactions: 
3 comments

rumah berhantu dekat seksyen 2

Kisah ini adalah kisah benar. tapi bukan cerita aku. aku takde ubah apa pon. but cuba korang layan cerita ni


===============================

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?
ad a batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310

check!!!!

Posted by cinda at 5:38 PM
Reactions: 
2 comments
bil air - check

bil api - check

bil astro - check

bil stremyx - check

bil celcom - check

rumah - check

asb - check

all check!!...k

sayang....your gaji pleaseeee...1k ok
ha..bln nih sampai 28 jerk..

Saturday, February 26, 2011

Alumni ASAS

Posted by cinda at 10:45 PM
Reactions: 
0 comments
hemmmm...x de citer pasal i..sbb duk umah jerkk
my hubby attend Alumni Sekolah Alam Shah 2010
bagi la dia seronok skit...kol bape tah balik..besa ler org laki
kalau jumpe member..x ingat pe dah..nasib la dpt bini cam i
redha jer.....





Batch 1991-1995

Rumah biru


tomei jerk..bila belaga perot..hahahah




Friday, February 25, 2011

Baby Aisyah masuk Utusan

Posted by cinda at 12:01 AM
Reactions: 
0 comments
BERDAKWAH MELALUI KARTUN



alhamdulillah...
insyaallah akan bersiaran di Astro Awani pula
dlm bulan Mac nanti


Tuesday, February 22, 2011

Bagaimana Menghadapi Stress Wanita Bekerja

Posted by cinda at 8:29 PM
Reactions: 
0 comments
Bagi wanita bekerja, kebanyakan masa terluang di tempat kerja. Tak mustahil jika stress di tempat kerja terbawa-bawa ke rumah sebab fikiran seringkali teringat-ingat kerja. Kekadang bila tiba waktu untuk balik ke rumah, sepanjang perjalanan dari tempat kerja ke rumah, suasananya dipenuhi dengan sumpah-seranah, rasa tidak puas hati serta geram. Lama-kelamaan stress kecil sebegini terbawa-bawa menjadi stress besar hingga Anda hilang semangat nak bekerja.
Berikut adalah 4 petua bagaimana untuk mengatasi stress, khusus bagi wanita bekerja.
1. Jangan simpan, tapi alirkan stress tu.
Alirkan stress, jangan simpan di fikiran. Jika Anda perangi stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Bina ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan agar Anda menemui lebih banyak ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan, bukan lebih banyak stress. Stress akan menarik lebih banyak stress, ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu – contohnya memasak,menjahit, menonton wayang, menonton tv, menyapu, mengemas rumah atau membaca majalah. Sibukkan diri. Elak untuk mengingati perkara-perkara yang membuat Anda merasa stress ketika Anda melakukan kesemua aktiviti-aktiviti ini, jika tidak petua ini tidak akan berkesan.
2. Fokus Pada Solusi.
Stress berpunca dari rasa tertekan sebab Anda dilanda masalah – mungkin masalah tidak cukup masa, tidak cukup duit, mungkin berlaku dugaan di luar jangkaan atau mungkin Anda mahu sesuatu terhasil ikut kemahuan Anda tapi tak menjadi-jadi. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang Anda lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikir masalah, bukan bertindak menyelesaikan masalah.
3. Maafkan diri Anda kemudian lupakan semua yang dah berlalu.
Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang dah berlalu biarkan berlalu. Usah di ingat lagi. Hidup Anda maju ke depan, bukan ke belakang. Anda makin tua, bukannya makin muda. Tak perlu ingat lagi perkara yang dah berlalu. Kesilapan yang dah berlaku tak perlu di ingat selalu. Jangan ingat dan jangan fikir walau cuma sesaat. Maafkan diri Anda kerana terbuat silap. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa bersemangat. Anda dapat mengatasi stress dengan cara ini.
4. Hampirkan diri Anda dengan cinta, kesyukuran dan kekitaan.
Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami Anda dan memberi semangat pada Anda. Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tahu mengomen perbuatan Anda. Sebagai contoh, jika Anda kurang bersemangat, jangan meluah masalah pada orang yang hanya tahu mentertawakan Anda sebaliknya cari kawan yang sudi mendengar. Luahkan masala Anda kesemuanya, ceritakan pada dia semua perkara yang menstresskan fikiran Anda. Cara ni baik untuk mengatasi stress. Wanita biasanya suka bercerita dari hati ke hati, namun Anda perlu waspada sebab kawan tempat Anda meluah tu boleh mengumpat hal Anda di belakang Anda, kekadang mentertawakan Anda tanpa Anda ketahui. Kena bijak nilai kawan. Biar ada kawan seorang tapi memahami, dari berkawan seribu tapi membuat fikiran haru-biru.
Amalkan 4 petua ini untuk Anda mengatasi stress – sama ada stress di tempat kerja atau stress di rumah, andai kata Anda adalah seorang suri rumah sepenuh masa.

11 Pelaburan Penting!!

Posted by cinda at 8:22 PM
Reactions: 
0 comments
1. BERDAKWAH DI JALAN ALLAH
“Siapa yang mengajak kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun, dan siapa yang mengajak kejahatan maka baginya dosa seperti dosa yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.” (HR. Muslim )
2. AMAL MA’RUF NAHI MUNKAR
Firman Allah SWT: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung."
(Al-Imran ayat 104)
3. MEMBANTU ORANG LAIN DAN MEMENUHI KEPERLUAN MEREKA
“Siapa yang memenuhi keperluan saudaranya, nescaya Allah SWT akan memenuhi keperluannya juga.” (Silsilah Al Ahadits Ash Shohihah)
“Sungguh jika saya berjalan bersama saudara saya yang muslim dalam tujuan memenuhi keperluannya, hal ini lebih saya sukai dari I’tikaf di masjid selama sebulan.” (Al Jami’ Ash Shohih:)
4. MEMBAHAGIAKAN ORANG BERIMAN
“Sebaik-baik amalan adalah mendatangkan kesenangan terhadap saudaramu yang beriman, melunaskan hutangnya dan memberinya makan dengan sepotong roti.” (Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah)
5. MENOLONG ORANG YANG ADA MASALAH HUTANG
“Siapa yang menunda (pembayaran hutang) orang yang kesulitan atau menggugurkannya nescaya akan Allah berikan dia naungan pada hari tidak ada naungan selain naungan-Nya.” ( Shohihul Jami’)
“Siapa yang memberikan kemudahan bagi orang yang kesulitan nescaya akan Allah berikan kemudahan baginya di dunia dan akhirat.” (Shohih Ibnu Majah)
6. MEMBUANG GANGGUAN DI JALANAN
"Pada suatu ketika ada seseorang berjalan di jalan umum. Ia melihat duri lalu dibuangkannya. Tuhan memberinya pahala dan keampunan." - Sahih Bukhari
7. MENANAM TUMBUH-TUMBUHAN, MENGALIRKAN SUNGAI
“Siapa yang menanam tumbuh-tumbuhan kemudian dimakan sebahagian anak Adam atau diantara makhluk Allah niscaya baginya (pahala) sedekah.” (HR. Ahmad)
“Tujuh (golongan) yang tetap mengalir bagi mereka pahalanya waktu dia dikubur setelah kematiannya: yang mengajarkan ilmu, mengalirkan sungai, menggali (membuat) sumur, mewariskan mushhaf, meninggalkan anak yang memintakan ampunan untuknya setelah mati.” (Shohih TArghib wa Tarhib)
8. MEMPERHATIKAN PARA JANDA DAN ANAK YATIM
“Dari Abu Hurairah dari Rasulullah saw. beliau dengar nabi saw bersabda, ‘ Orang yang memperhatikan janda dan orang miskin bagaikan mujahid di jalan Allah.” Saya (Abu Hurairah) mengira beliau juga bersabda: “Bagaikan orang yang beribadah tiada henti dan bagaikan orang yang selalu puasa.” (Muttafaq Alaih)
“Saya dan orang yang mengurus anak yatim (nanti) di syurga seperti ini, serta mengisyaratkan dua jarinya.” (HR. Al Bukhari)
9. MEMBANGUN MASJID
“siapa yang membangun masjid sekadar rumah burung atau lebih kecil dari itu, maka Allah SNW akan membangunkan rumah untuknya di surga.” (Shohih Ibnu Majah dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih Targhib wa Tarhib)
10. SEDEKAH AKAN KEKAL
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Seorang hamba berkata, "Hartaku! Hartaku! Pada hal hartanya yang sesungguhnya 3 macam:
1)Apa yang dimakannya lalu habis
2)Apa yang dipakainya lalu lusuh
3)Apa yang disedekahkannya lalu tersimpan (untuk Akhirat). Selain dari 3 macam itu lenyap atau ditinggalkan bagi orang lain." - Sahih Muslim
11 INFAQ PADA JALAN ALLAH
“Siapa yang menyediakan (segala keperluan) bagi seseorang yang berperang maka dia (dianggap) telah berjihad dan siapa yang memberikan jalan bagi keluarganya untuk berperang maka dia telah berperang. ” (HR. Muslim )
Kesimpulan
Buatlah pelaburan sekadar kemampuan anda. Biarlah sedikit asalkan niat kerana ALLAH SWT

Monday, February 21, 2011

jom ber FACEBLOG..

Posted by cinda at 7:49 PM
Reactions: 
2 comments




Faceblog membolehkan kiter berkumpul sesama blogger kat alam maya nie sambil mempromosikan blog2 korang yg kiut2 2. . .Suka tgk Faceblog nie comeL sangt warna pink lagi dari situ kiter dah leh taw jantina Faceblog nie apa :) bagi yg lain nk jOin leh klik kat sini

(amek ayat ain...leh ain???)

hana tajima

Posted by cinda at 7:23 PM
Reactions: 
0 comments
Who said you need to wear less or wear something that makes you look so sexy to look smoking hot especially for muslim?…….Hana Tajima is one of the example…seriously she is so beautifully gorgeous…



yang merah tu chomel sgt...cute n stylo..



muke dah suet..pakai pe pun suit..tudong x semengah pun jadik santek..emmm


ha..amacam..ade brannnn.....
hehehehe...
pepe pun mmg gourgesss...
-xoxo-

1st-GiVeaWaY ConTesT From PembaWa WacaNa

Posted by cinda at 6:45 PM
Reactions: 
0 comments



  1. Mesti ade blog sendiri dan jugak akaun facebook...hehehe >>>DONE
  2. Korang kene jadi follower aku(wacanaku2009) , follow Nenizazi [sponsor hadiah] dan jugak like fanpage facebook Wacanaku.... Senang nanti korang nak tau update.>>>DONE
  3. Buatkan satu entri bertajuk "1st-GiVeaWaY ConTesT From PembaWa WacaNa" , letakkan banner di atas dalam entri dan link kan ke entry ni...>>>DONE
  4. Tag 3 orang dan pastikan diorang tau


5. Letakkan link entry korang dekat komen entri ini >>>DONE

Sunday, February 20, 2011

chomel!!

Posted by cinda at 9:03 PM
Reactions: 
3 comments
muahahhahaaaaa....
shuke!!shuke!!

barang baru....barang baru...
sebenonya dah lama dipasaran..
cuma dipasaran luar rege adelah mahal skit
bila member ade menjual..haruslah SOKONG!!!
k kepada kengkawan terdekat kalau nak dapatkan bende Chumel nih
leh carik lovely
ataupun order trus kat blog diee...
'
'
'
'
'
'
'
'
bawah nih i punyee....
'
'
'
'
'
'


chunmelkan???

chantek pakai kat pale.n yang pakai selendang xpecially
*bayo blum tp dah pakai kat pale* wink!!!

jauh skett...
teleng pale aku..

shantek kan..kan..kan

hoverr plak...muahhh
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

tingtong jap lam toilet sbb kursus amat buhsan.....
larik sbb nak berry..tp ayer ngak ada..
tebantutttt
k
bubbbyee

eh lupe
rege pin chumel tuh rm2 jerk...mura kan????
k p jumpa lovely skrg!!!!

Kek batik

Posted by cinda at 4:54 AM
Reactions: 
2 comments
malas nak edit
abaikan gambo lakiku itewww


masih dalam mood masak-masak
bila nampak koko masih banyak
tepung banyak
butter banyak..
n x pasal p beli biskut mery
ermmm....
belek-belek buku resepi
resepi yang maching ngan bahan yg ade ....
kek batik kot..makanya
jadik ler...
nih resepi

bahan-bahan:
1/2 buku buttercup
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula-cinda kurangkan tp kena komplin manis gak
2 biji telur
1/2 cawan milo + 1/4 serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
200g biskut merry

cara-cara:
pukul telur,butter,gula & susu pekat hingga sebati
masukkan milo + serbuk koko
& tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
kemudian masakkan atas kuali dengan api yg perlahan sehingga bertukar warna
dan dikacau selalu. Tutupkan api &patah-patahkan biskut mery dan digaul rata
Bubuh ke dalam bekas/loyang yang dilapik plastik lalu tekan-tekan
dan mampatkan adunan tersebut
Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam
kemudian bolehlah dipotong

meh cuba!
-xoxo-


Biskut Coklat

Posted by cinda at 4:27 AM
Reactions: 
1 comments
salam ahad..
seronok dapat berehat dengan hubby
sambil makan-makan
nak kongsi resepi mudah ni..
sesuai tuk anak-anak menggantikan biskut
hanya 4 bahan jerk..
jom nengok resepi..




wat dua bentuk..hehe

bahan-bahan:
300g tepng naik sendiri
30g serbuk koko
250g butter-pada suhu bilik
125g gula kastor
sedikit chocolate chip utk tabur(xde tpe)

cara-cara:
1.Panaskan oven pada suhu 170'C
2.Pukul mentega dan butter sehingga gebu dan kembang
3.campur tepng yang telah diayak bersama dengan serbuk koko ke dalam adunan mentega
dan gaul sebati
4.Kemudian Buatkan bulat-bulat dan atur atas tray, tekan dengan belakang garfu seperti dalam
gambar
bakar selama 20 minit pada suhu170'c
5.sejukkan atas wire rack dan simpan diatas bekas kedap udara.


selamat mencuba!
-xoxo-









Thursday, February 17, 2011

SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH

Posted by cinda at 11:15 PM
Reactions: 
3 comments

lebih lanjut klik kat gambo!!

Penghujung Selatan Tanah Besar Asia...

Posted by cinda at 8:01 PM
Reactions: 
0 comments




haa.....penah dengo x tempat nih???
bukan beijing..bukan negara china...
tapi kat mesia jerk...
musti korang x bape tau kan??
Tempat nih dipanggil
Penghujung Selatan Tanah Besar Asia..
ni terletak kat Pontian n nama tempat tu Tanjung Piai
dan telah digazetkan sebagai TAMAN NEGARA
untuk rekod(hahahaha cam berita tv3 plak)
i telah mengikuti aktiviti alam sekitar
iaitu mengutip segala sampah di sekitar paya bakau
pada tahun 2005...memang pengalaman yang menarik la...

citer panjang pon x guna cam biasa
layan gambo..lg mudah nak citer
'
'
'
'









syok sdrik


my superb granny..
jauh giler dari main entrance nak ke hujung
ke laut..kitaorg suma dah tecungap2
atuk mak aku leh selamba jalan cm xde perasaan
caya la tok mak 75 tahun tuhh









nak balik dah awan menunjukkan
nak hujan..

Wednesday, February 16, 2011

Info Berguna

Posted by cinda at 4:36 PM
Reactions: 
2 comments

Mengapa anda perlu menyimpan EMAS?

Disini disenaraikan beberapa sebab mengapa anda perlu menyimpan Emas. Antara sebab yang tersohor adalah seperti berikut:

  1. Emas adalah kekayaan yang sebenar.
  2. Harga Emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
  3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.
  4. Aset yang terunggul.
  5. Ia tidak boleh dimanipulasikan.

Penjelasan:

1.Emas adalah kekayaan yang sebenar.

Emas menjadi pilihan sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun dahulu di mesir. Orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang dicop nama firaun sebagai wang.

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

a)Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak pudar untuk selamanya.

b)Emas tidak boleh dibinasakan.

c)Tahan lasak

d)Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.

e)Ia sukar diperolehi

2.Harga Emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Untuk pengetahuan anda, rekod harga emas boleh dilihat daripada laman web www.kitco.com. Sejak 10 tahun lalu, harga emas sudah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatic anda memperoleh keuntungan daripada kenaikan harga emas. Mengikut analisis yang dibuat, secara purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Sebagai contoh, pada tahun 2001, nilai emas 916 ialah RM 50/gram. Pada tahun 2011 bolehkah anda mendapat harga ini?

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.

Wang kertas selain mudah dibinasakan, ia juga merupakan penyimpan nilai yang lemah. Nilai wang kertas sentiasa turun untuk jangka masa panjang. Perkara ini dibuktikan dengan kurangnya kuasa beli nilai wang yang kita miliki. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, belanja anak sekolah ialah sekitar 20-30sen sehari cukup untuk membeli makan dan minum. Pada 2011, ibu bapa membekalkan paling kurang RM 2-3 sehari dan mungkin lebih untuk makan minum disekolah. Dengan kata lain, ibu bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama.

Contoh lain:


KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-

Tahun 2002:-
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140
Jumlah = RM9100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2009:-
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502
Jumlah = RM9036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.

"Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!"

4. Emas adalah asset yang terunggul.

Salah satu keistimewaan emas adalah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia merupakan asset yang paling mudah dicairkan/ditukarkan kepada wang kertas. Tiada asset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi juga boleh dicairkan di seluruh dunia.

5.Emas tidak boleh dimanipulasikan.

Antara keistimewaan lain ilah emas sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Justeru itu, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah sesuka hati dengan mudah. Ini menyebabkan ia senantiasa bernilai. Berbeza sekali dengan wang kertas, ia boleh dicetak oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi.

Anda boleh membaca kegagalan wang kertas di sini.

http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies

Di Zimbabwe, sesiapa yang menyimpan kekayaan dalam bentuk wang kertas akan mendapati kekayaan mereka lenyap begitu sahaja.. Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai. Ia hanya kertas. Di Zimbabwe, 100 Billion Zimbabwe Dollar hanya boleh membeli 3 biji telur sahaja.

grrrrrrrr!!!!!! rammmm

Posted by cinda at 12:24 AM
Reactions: 
4 comments
eeeeeeeeeeeeeeeeeeee...gerammmmmm!!
kali pertama beli barang online
dengan hati bebunga2 tunggu parcel sampai
bila dah sampai...eeee geram geram
''
'
'
'
'
'
'
'

masa nih hati dah sronok...

glamour kan bloh nih..blog jual tudong2

tudung yg diidammmmm...
skali yang sampai
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'grrrrrr
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
''

huaaaaaa
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
''
x cantek langsung

rasa serik plakkk!!!
dah e-mail marah kat diorg...tgh tggu replyy...


Tuesday, February 15, 2011

JENGJALAN

Posted by cinda at 7:40 PM
Reactions: 
0 comments

SALAM MAULIDUR RASUL
sehari sebelum husband dah merai majlis MAulidur Rasul
kat Masjid Shah Alam
merai kedatang ulama terkenal gak..ermmm lupa nama
jadiknya selasa dia free..
i pon wat lah kek belated birhday tok dia..
x berapa sedappp..hahahahaha
sbb resepi suh kukus..i p bakar
tempat kukus x muat wat camner bako jer ler..
dah makan tido..makan..tido...
malam hubby ajak jenjalan bukit bintang...
hehehehe..
upah sbb masak kek..hurmmm..
tq bie...
"'
'
'
'
'
'



kek cekelat yg x bape menjadikk..
harus cuba lg..caiyok!!caiyokk!!


muka x ble blah..
*wink!! sila muntah darah*

my peberet store dah ade kat tepi jalan BB


classic btull moto nih..
yellow cab kedai pizza baru kat BB


plan nak survey cawangan kedai SABA kat ampang
last2 makan kat BB jerk

layan nasik kandaq


bila dah dapat bende baru..
baru suka hati n semangat nak p keje sok
"
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

my new shoessss...
comey ..comey...


 

CeriteraCinda Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea