Monday, December 10, 2012

Bina Insan Santapan Rohani

Posted by cinda at 12:17 AM
Assalamualaikum..
salam petang semua..Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini..
semoga Rakyat GAZA juga ceria dipagi barakah ini...seronok buka FB tengok ramai rakyat/artis Malaysia melawat mereka disana..alhamdulillah. Kita kat Malaysia ni pun kena beringat dengan segala kemewahan yang ada di bumi bertuah ni kan..syukur! syukur!

Hujung minggu hanya kat rumah sebab jumaat malam dah enjoy kat Malam MIDA di Shangri-La KL
en laling pun nak rehat puas puas sebab ahad dah nak gerak ke JB outstation sampai khamis..huaaaa...membujanglah saya. Mula hajat nak mengikut tapi bila dah lama sangat rasa tak berbaloi nak bercuti..lagi pun buka dapat jenjalan ngan dia pun sebab masa dia mmg pack tuk meeting jer..kawan kat singapore pun balik Mesia nak ngurus anak naik sekolah walau pun ada plan nak jumpa dia kat sana. takpelah insyallah next time coz en laling pun every month trun JB.

Hari ni pun dah appointment ngan exschoolmate nak jumpa kat Alamanda. huh seksa nak jumpa minah ni dah masuk 3 bulan kot dia pindah Putrajaya baru dapat jumpa, tu pun sebab nak ambik produk yang dia jual..hehehe.

Actually entry tertunda ni nak kongsi cerita aku masa pergi kursus bina Insan kat Hotel Corus Paradise Port Dickson 2 minggu lepas. Kursus yang datang tak dijangka sebab kak erna beria ia ajak pergi sama..alhamdulillah, memang tak pernah pergi pun dan bila hantar borang terus diterima, takde masalah walaupun dah tarikh tutup.


baru check in

cantikkan..Corus Paradise Hotel Port Dickson

aje giler...bilik duluxe tapi duk sengsorang..
yg apply 29 org yang pergi 20 org..ape cer...

cantik!! suma haku yang punya.hahahaha

view dari bilik

dah check in terus pergi ke sesi perkenalan n kul 6 dah p makan malam...

menu pertama kat hotel..3 hari kat sana 3 hari depa bagi makan kambing..memang mabelessss...

kalau bercuti dah lama keceborrrr kat dalam kolamm...ni just pandanggg jer la..

repeat kambing  sebab sedap sangat....

hari kedua petang ada sesi riadah...

18 perempuan hanya 2 lelaki senang nak handle..kebanyakan adalah adik adik jer..seronok sebab beribadat sambil enjoy..

breakfast pun berat..

maghrib n isyak berjamaah.. alhamdulillah

Hari terakhir diadakan Qiamullai..alhamdulillah kul 4pagi suma dah ada
dapat la buat sembanyang sunat hajat, tasbih n witir disudahi dengan sembahyang subuh

ADK Aktiviti dalam kumpulan

makan n makan
hari kedua sup kambing pulak...


Tak paham kenapa ramai cam tak berminat nak join Bina Insan nih..pada aku kalau lagi lama lagi best kot
ni lah masa nak betul betul dekat ngan Allah ..almaklum hari biasa kita lebih dunia jer..kengkadang susah nau nak insaf kan...bila berkumpul macam nih sekurangnyer ada terdetik kat hati nak jadi insan yang lebih baik nak perbetulkan apa yang patut..

Alhamdulillah suma kawan kawan pun baikkk sangat...sampai ada yang ajak aku p tukar kat bahagian dia..eh tu mcm nak cakap aku baik jer...huh ferasann..serius bahagia dikelilingi kawan kawan yang boleh kongsi cerita leh datang bilik lepak2 n cerita cerita..tapi bab nak tukar bahagian tuh kena fikir bebetul la..sebab kat tempat aku ni pun dah ok takde masalah.

breakfast 2nd days


malam akhir yang sungguh menyentuh perasaan...seriuss
malam tu kami kena isi borang wasiat iman ni umpama esok kita akan meninggalkan dunia
wssiat ni ditujukan kepada ibu,bapa ,suami n adik beradik
compem memang mengalir air mata..air hidung masa tulis wasiat nih..dan secara automatik
laju jer tangan menulis..memang etrasa nak mati sangat dah...
lebih feeling bila ada yang kena baca wasiat tu untuk didengar oleh kengkawan..huh sadissss...
kat borang tu jugak kita kena isi alamat, urusetia akan simpan dalam masa 3 bulan, insyallah kalau memasing umur panjang xde la surat yang akan dipos kepada waris dan akan dibakar surat tu.

Pengision rohaninya banyak tapi aku tak reti nak kongsi kat sini.
banyak cara cara nak guide diri dari perkara perkara harian yang secara sedar n tak sedar yang kita buat dalam kehidupan kita seharian yang mungkin boleh merosakkan hati, menimbulkan sifat-sifat Ammarah.

mengenal diri dari asal penciptaan manusia, mengkaji kelebihan dan kesempurnaan manusia yang dipilih sebagai pentadbir alam n banyak lagi lah...





alhamdulillah selesai


kumpulan satu dinobatkan tempat kedua..

kami kumpulan 2 jadi juara untuk  ADK dan sukan

siap siap nak balik dalam kul 1.30 dah gerak balik Putrajaya
sebelum tu makan tengahari dulu



*Rumusannya alhamdulillah dapat sedikit ilmu unruk santapan rohani,,in syaa allah apa yg kurang diperbetulkan n cuba jadi insan yang memiliki sifat sifat Mutmainnah..aminnn

* dan santapan perot jugak seiring dengan santapan rohani..acaner tuh????  fikir fikirkan lah..hehehe

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. bestnye kak.. tempat pun cantik.. baru semngat nak kusus.

    ReplyDelete

chomelnyerrr korang sebab mengomen...

 

CeriteraCinda Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea