Friday, March 30, 2012

double kek

Posted by cinda at 12:59 AM
Reactions: 
2 comments

Ingin berkongsi dua resepi kek sedap ini..
puas mengoogle akhirnya jumpa resepi yang paling simple untuk  dua kek ini..
cuma yang pelangi nih remeh sikit..
yang kek pisang tu mudah sangat dan sedapppp...



rainbow cake



Bahan-bahan:
-3 cwn tepung gandum*
-4 sudu kecil baking powder*
-1/2 sudu teh garam*
-1 buku butter
-1 1/2 cwn gula kastor
-1 1/2 cwn susu segar
-5 biji putih telur suhu bilik
-2 sudu teh esen vanila -
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, ungu

Cara-cara:
-panaskan oven 15minit dgn suhu 170c..
-ayak sume yg bertanda *
1-pukul butter dan gula hingga kembang,putih
2-masukkan putih telur dan pukul hingga gebu
3-masukkan esen..pukul sebati
4-masukkan bahan diayak* tadi selang seli dengan susu segar..dan pukul dengan perlahan setiap kali dimasukkan..
5-bahagikan adunan kepada 6 bahagian..masukkan warna dan kacau sebati..
6-masukkan satu bahagian dalam loyang 8' yg dialas dan digris..bakar selama 10-15minit suhu 170..
7-ulang sampai habis..

Untuk stiap layer aku sapu dgn fresh cream je, pkul kental fc then sapu stiap layer tu,
Topping luar plak :
-1 buku creamcheese + 1 cwn gula aising + 1/2 cwn butter..pukul kembang dan sapu pada keseluruhan kek..pandai2 la deco plak lepas tu cntik2 yer, 


banana coklat cake





Chocolate-Bottom Banana Squares
recipe: tammy
source: jessie@hearty bakes
sumber: tun telani

Bahan2:                                                                             
  • 1/2 cwn Butter -113g (lembutkan)
  • 1 cwan gula - like jessie, i used 3/4 c
  • 1 bj telur
  • 1 sk vanilla
  • 3 bj pisang- mashed - mine is quite large, lg gemuk dr pisang montel
  • 1 1/2 c tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 cwn sebuk koko  - tun guna 1 sk choc emulco
  • 1 cwn chocolate chips

Cara2:
  •  pukul butter dan gula sampai light n fluffy.
  • masukkan telur, vanilla dan pisang yg dh lenyek, dan pukul lagi.
  • ayak tepung, baking powder dan baking soda, dan masukkan dlm adunan di atas, masukkan garam dan gaul rata.
  • bahagikan adunan kepada dua. masukkan cocoa powder (tun masukkan choc emulco) dlm separuh adunan dan gaul rata.
  • ratakan adunan coklat dlm loyang. tun taburkan juga coklat chip, lepas tu ratakan pula adunan yg lagis separuh atas adunan coklat td. 
  • springkle coklat chip kat atas. bakar pd suhu 180 C, selama 30 minit atau hingga adunan x melekat bila di cucuk. HATI2 JGN OVERBAKE, nnti jd kering.
  • tunggu sejuk, baru potong petak2. 
  • SEDAP SGT!! selamat mencuba ^^

Wednesday, March 28, 2012

zaman kanak kanak 80an

Posted by cinda at 9:02 PM
Reactions: 
3 comments
ok nak sambung kenangan kita masa kecik-kecik pulak ek
leh la korang sengeh2 gelak2 sambil mengimbau zaman korang dedulu..
bermula masa masuk sekolah..aktiviti lepas sekolah dan seangkatan dengannya..
banyak sebenarnya kenangan indah masa dulukan..
ok berangan la sendiri ek sambil layan gambo..

gambar: kredit: Mr Google..



 program berus gigi kat sekolah..semangat bila dapat berus n ubat gg tu..

 saat yang menakutkan ...dupdap2 sampai x nak datang skolah
nak kena enject BCG nih..

suka ngan tempat nih...satu tempat best kat skolah

 program susu sekolah...

 program untuk pelajar miskin dah x ingat nama program tuh

 pencil box  yg paling canggih masa dulu kot
orang selatan panggil LOPAK...

 pemadam yang selalu hilang..

 pisau lipat yang antik..ntah ada x budak sekarang pakai kan...




kalau mainan pulak dari tengah kat sekolah sampaila ke petang kat rumah
ada jer benda nak main..


hahahaha...main pondok-pondok..atau masak masak
paling best antara yg lain sebab ade kawin2 sekali ..hihkhik gatai..

Main kahwin-kahwin. Itulah perkataan yang seringkali bermain di bibir kita suatu masa dahulu. Pastinya kenangan tersebut sentiasa segar di dalam ingatan kita. Zaman yang penuh kegembiraan dan mungkin pahit bagi segelintir kanak-kanak yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Bagi kanak-kanak seusia ini, main kahwin-kahwin hanyalah sekadar cara mereka meluahkan perasaan secara tidak langsung. Mereka mula tertarik kepada jantina yang berbeza. Aspek yang dilihat oleh kanak-kanak biasanya adalah aspek fizikal. Kecantikan dan kekacakan kanak-kanak menjadi ukuran.
Minat dan sedikit perasaan yang timbul dalam diri, mendorong kanak-kanak ini untuk mengajak pasangan masing-masing bermain permainan kahwin-kahwin. Kegembiraan jelas terpancar apabila masing-masing tersenyum simpul menandakan masing-masing bersetuju dengan tindakan yang dilakukan.
Menurut Daniel Golman, kita perlu melayan perasaan kanak-kanak sebegini untuk menjana perkembangan emosi kanak-kanak. Melayan mengikut tempatnya. Kekadang, kita sebagai guru prasekolah terlepas pandang kepada perkara sebegini. Kita lebih gemarkan pengajaran yang menggunakan suara yang tinggi dan senada untuk menakutkan kanak-kanak agar kanak-kanak memberi perhatian kepada pengajaran kita. Ia ada benarnya. Tetapi, harus diingat pengajaran yang sebegini jika digunakan selalu tanpa disedari kita akan membentuk kanak-kanak yang 'kejong emosi'. Kanak-kanak yang tidak tahu dan tidak pandai menjiwai pelbagai jenis perasaan yang Allah telah kurniakan.
Pada fikiran kita, kita telah berjaya mengawal keadaan kelas (class control) dan sekaligus mendidik kanak-kanak supaya menjadi kanak-kanak yang berdisiplin. Tetapi ia berlaku sebaliknya.
Justeru, corak pengajaran yang sebagaimana yang harus dipilih? Menggunakan kekerasan atau ketegasan atau pun dalam kelembutan ada ketegasan? Renung-renungkanlah...


 kondakondi

 sangat popular..main getah

 PS2 zaman 80an...

siaran tv paling glamour masa tuh

 ninja turtle..


incradible hulk...
siri cerita yang aku paling takut...


 kartun popeye

 ni koleksi budak pompuan...banyak gak koleksi aku

 siri Thundercat..pon besttt

 siri tv yang paling tangkap leleh tahun 80an
sanggup ponteng skolah agama semata-mata nak nengok OSHIN




 hero

itulah sweet story kita masa kecil..simpati betul dengan budak sekarang..banyak masa habis depan gajet..
kalau main kat luar pulak ..kena culik la..kena rogol la..jadik bartuahnya kita dapat menikmati betapa seronoknya zaman kita..tanpa rasa takut..risau..

Tuesday, March 27, 2012

Korea

Posted by cinda at 11:02 PM
Reactions: 
4 comments

Salam satu Malaysia..
kerana kelalaian sendiri 
terlepas satu peluang yang berharga..
kerana malas nak bukak e-mail ni la padahnya...
saya telah terlepas temuduga nih

sadis tak???

tu jer nak ngadu...huaaaa...

Monday, March 26, 2012

Puasa

Posted by cinda at 11:44 PM
Reactions: 
6 comments
Alhamdulillah baru 2 hari dapat ganti posa..bila nak masuk april..eh dah nak posa ni
jadik mulakan la ganti posa secara perlahan-lahan
masalah bila sehari posa nafsu makan jadi melampau kan..
rasa suma benda teringin ..ndak ndak dok ngadap blog org yg citer pasal makanan..
semalam sempat masak tiga lauk jerk..melantak makan berbuka sengsorang ngalah bolan posa..

 Kari daging-dah lama masak kari tanpa santan
dapat jaga kesihatan n jimat sbb santan pun dah mahal...

 kangkung goreng sodapp

ikan pekasam kena ade..kalau xde pekasam sambal getuk pun orite...

Wednesday, March 21, 2012

Cekedis zaman 80an..

Posted by cinda at 9:10 PM
Reactions: 
6 comments
Mari kita mengibas kembali makanan ringan faveret kita masa zaman kanak-kanak
banyak sebenarnya..cuma yang masih dipasaran seperti kat bawah ni..
nak gelak bila ingat balik..kira bende2 ni suma sentiasa ada dalam tangan la kan..
masa tu harga pun seposen dua jer kan..
gambar:
*Ihsan Mr Google*

 ade lagi kalau jalan-jalan market kat kg..

gula gula susu


sodapp..sampai jilat2 jari lah..sampai korek2 abuk dia..kihkih



 Tora datang lagiiii... *________________*

Nini..celop celop

 Drops ni dalam 50 sen rasanya dulu..
penuh la bibir ngan gula kan kan

 tengah mencari gula gula udang ni...
selalu perasan kalau nak raya cina melambak kat super market kan...


semua adelah kenangan terindah zaman kanak kanak yg perlu kita kenang sampai bila2....

Tuesday, March 20, 2012

Jom pergi paso...

Posted by cinda at 1:14 AM
Reactions: 
1 comments
lambat pulak masa berlalu...
jom p paso tani putrajaya..
setiap selasa dan jumaat..
kah kah kah..dah xde modal meh la aku promote paso tani putrajaya
kot ada org dari luar yang x tahu..kalau singgah putrajaya leh la turun paso tani yang hebat nih
mana tak hebat..ditengah bangunan yang tersergam indah terselit paso tani..
macam mak aku cakap..mana nak carik orang pegi paso tani lawa lawa mcm nak p kenduri kalau x kat Putrajaya kan.kan..sebab suma turun abis balik keje..

 gerai ikan yang wajib aku pergi...
dari jauh dah dengo.."haaa...mai segar segar..sekincan..fresh lagi baru naik"
mmg segar beb..berlendir lagi ikannya..

 see...baru mati beberapa jam je nih..mulot pun x sempat nak tutop..kan kan


 huhhhh...masak asam pedass..terangkattt


yeerr..jangan lupa turun 
sekian bersiaran dari Paso Putrajaya....

Thursday, March 15, 2012

ohMGGESSSS

Posted by cinda at 12:03 AM
Reactions: 
6 comments
Setiap hari tak semestinya sentiasa happykan..
sabtu lepas..dah happy2 ronda kat soping mall
sampai2 car park luar kat Sunway Pyramid..terus terkedu..mengucap panjang..n blurr..
keta kena hempap pokok..memang masa tu baru pas hujan pun..


Masa sampai-sampai tuh..polis tengah sibuk2 dok kerumun..bila dia nampak kitaorg terkejut
..n terus diorg tanya awak punya ker..
diorg cakap baru tak sampai 3 minit pun kejadian tuh..

 masa tu dah pk ..abis lah...mesti rosak teruk punya...
x tahan polis tu sempat rakam masa pokok tu jatuh..

 Polis tu dok call Majlis daerah suh datang potong pokok tuh..
lama sangat tunggu bila dah ramai kerumun belek belek ..diorg cakap leh alih sendiri ni..
satu batang pokok tu dok bertahan kat bumbung keta..


 Bila dah ramai yg volunteer..suma pakat alihkan..n alhamdulillah hanya kemik sikitt jer kat bumbung belah pemanduyang lain cermin suma ok..alhamdulillah sesangat..
semangat 1 Malaysia suma cina india melayu tolong menolong..

polis tu cakap bagus gak kitaorg lambat seminit dua .kalau masa dah sampai keta tu tetiba jatuh kat kitaorg lagi naya kan..betul gak..alhamdulillah allah lambatkan dua tiga minit kitaorg sampai...aminnn
ni kes ke tiga polis tu cakap..sebelum nih keta mercedes..abis suma cermin hancur...


memamg malang tidak berbau..tapi berhati-hati tu mmg penting..
contoh kalau time time hujan nih elaklah parking bawah pokok besar..
syukur sangat xde ape2..aminnn
 

CeriteraCinda Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea