Thursday, May 31, 2012

Faith Friday *syukur*

Posted by cinda at 6:09 PM
Reactions: 
0 comments




Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat JumaatSolat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday...hohoho

Posted by cinda at 12:10 AM
Reactions: 
1 comments

Sunday, May 27, 2012

Padi House..kat mana tu??

Posted by cinda at 6:41 PM
Reactions: 
0 comments
Nak bagi tau pada yang masih tak tau..
khususnya para warga Purtrajaya
Tempat : Galeria PJH, Presint 4 bersebelahan KBS
selain Padi ada jugak Secret Resepi dan kedai2 lain under progress
kalau hari kerja parking kereta di basement
kalau weekend parking depan sahaja


eh kenal ke?...meja sebelah

harga kek x mahal..yg bulat2 tu dalam setengah kilo dalam rm38-50 jerkk..

skill i ok x..pakai hempon murah joo...

coci molot ngan pavlova dulu...nyam nyam..cream dia sodappp..rm10.90
nasi goreng belakang tu pun sodap...


bende alah ni leh jer wat kat umah..sedappp
kuah spaghetti letak atas nachos..pastu tabur cheese..kita bakooo...rm 10.90

sudah jatuh hati ngan lamb blackpapper ..big portion woo..2nd time order.,.1st time kat Padi Cyberjaya
rm 16.90


Thursday, May 24, 2012

YES !!!

Posted by cinda at 6:49 PM
Reactions: 
1 comments
perkenalkan kawan baru saya...
firstime bawak p opis..
* wifi mudah alih...
*hanya rm 39.00 sebulan 

den tak tau nak menerangkan silalah layari

Tuesday, May 22, 2012

Anak kerapu masak stimmm dan lain-lain

Posted by cinda at 8:49 PM
Reactions: 
5 comments
Nak citer pasal hari rajin sedunia...saya rajin bila anak tekak mintak macam macam
teringin tu..teringin ni..dan satu hari tu tekak nak sangat makan ikan kukus..
hati x sabar nak jengah pasar tani depan opis sambil terbayang ikan fresh2 dari sekinchan tu..
biar mahal tapi dah tau kualiti n pasti bukan dari tong..bukan tong sampah tapi tong yang simpan ikan berminggu dan ditambah ubat penahan bau..huhh ngerikk..

pusing duatigakali mamat yg jual pun pening..aku pun tanya nak masak kukus tetiba dia campak anak ikan
kerapu dalam bakul aku..ni kak baru lagi..hahh senang keje aku..
maka balik rumah bersilat sebab perut dah krokkrek..si blackie pun kulu kilir macam sama sibuk nau..
seronok pulak bersiaran terus dari kuali cinda ni..mudah kerja kan kan..

 aku masak kukus simple giler kot..main campak cmapak jer..
halia,bawang,serai,cili,asam keping,sos ikan,sos tiram,garam sikit n buh air.. siap dah leh kukus
malas nak pakai kukus tenggek jer atas kuali pastu tutup..sonang baitu...kihkih

 nyum..nyum dah siap...hehe gatal tangan campak saleri sebab aku sukaaaaaa sangat..rangup

 pastu bukak peti ais..ternampak pekasam ikan puyu pemberian Deyna..khas bawak dari Maran Pahang
cuma lain dari utara punya xde serdak serdak tu cuma dia buh asamkeping...
sedappp la pulak kan...ok deyna nak tempah untuk ramadhan nanti *take note ekk*

 campak sampah sarap(ambik kata kata fila) baru  sodapp

request dari suami nak brokoli..
 ni sebab dah terlebih rajin..pun request dari anak tekak.pengat pisang.

ok tu jer nak hapdate dah tengahari perot dah bunyibunyi..bubbeyyy...



Wednesday, May 16, 2012

Random pic

Posted by cinda at 7:01 PM
Reactions: 
2 comments

salam khamis....
pepagi ni dah datang mood sentap!!
semalam aku coti..padahal lupa aku kaunter..
maka bertempik la makcik Kelly Eng tu yek..
takpe bagi aku all day pun aku ok jer..bukan susah nau pun ...

jadik mulakan mood baik dengan hapdate blog..
semalam baru sudah cat bilik..yehhh...ari ni nak pasang langsir baru pulak...ngehngeh..

terpikat ngan warna biru turquoise..tapi xde la pulak cat warna tu..

wah..best betul budak itam legam ni landing kat katil baru...



 Ni masa Perhimpunan Hari Pekerja
dapat satu set pakaian dari Adidas..n kasut sekali ..trimass MOF

 3 hari join Kursus Protokol Dan Etiket
seronok sangat...sebab penceramah suka buat lawak dan ada isi dalam suma penyampaian
dan yang penting...hansem kan kan...tapi yang takutnya dia pandai telek orang..bahaya sampai takutla nak tanya...

 Cara penyusunan cultenary..untuk makan cara orang Eropah dan Org Amerika...tak sama tau...

sabtu petang repeat lagi pi makan kat Ana Ikan Bakar Petai
kena p awal sebab sentiasa ramai orang..

 must try!!!
Sata dia sebijik macam kat Terengganu..sedapp..
4 ketul rm2

 sotong tepung pun sedapp...(aku mmg semua sedap...bab makan janganla banyak komen kan..rezeki)
kalau asik x sedap jer..balik masak sendiri la...

 Pari bakar petai..tapi bau petai dia potong la pulak...kuat sangat..

muka musti happy sebab xyah masak..
ni dalam pukul 6 petang pun org dah ramai..



tengah tunggu makcik ni balik dari Korea...dok pesan kain pasang dari sana
hehehe..bila la nak melaram jubah dari mekah..rasa x sesuai pulak pakai p opis..

Sunday, May 6, 2012

Khadijahs Kitchen

Posted by cinda at 7:03 PM
Reactions: 
2 comments

Try makan kat Khadijahs Kitchen
ramai gak orang masa lunch time..



 No 21, jalan 1 1/2
Jalan Bukit, Petaling Jaya

 Honey lemon ginger...perhhh...berpinau lidah..

 my sis cuba sup tulang...sodappp..

 just try bubur gandum..sedap..lemak berkrim..

senang hati kalau kita makan kat luar, permis makanan menjaga kebersihan lebih lagi part tandas 
bayangkan mereka yg  memasak pun sure guna tandaskan..n just imagine  depa buang air..pastu sambung masak...huhhhh pastu plak lupa basuh tangan...huaaa...ngeri..

sempat jengah washroom kat khadijahs kichen
bila masuk toilet dia..amboi...rasa x nak kuar..






Friday, May 4, 2012

My birthday..

Posted by cinda at 12:19 AM
Reactions: 
1 comments
2 Mei is my birthday...
tapi tiada entry untuk hari itu...
semalam my bos ajak p makan kat Chilis..i ok jer...
mintak permission kat hubby..pun ok..
kuar lah saya ngan si bujangs ke MidValley..masa tu jam dah kul 930 kot..


 my bos...hahahaha
selalu kena buli kat opis...

 i punya..Southern Grilled 

 Lamb Shoulder..sedappp (makanan ruji bos) kahkahkah

ngan budak sengal...

borak punya borak..dah dekat kul 12 mlm..
tengah syok2 tetiba datang minah tetiba tanya siapa nadia kat sini...
uh aku tekejut ler..sbb takut aku buat silap ker..mana dia tau nama aku plak kan..
n then terus dia kuarkan cake aiscream tomei ngan lilin..hampeh bebudak nih
mmg diorg ckap nak celebrate my birthday..tapi x tebayang nak tiup2 lilin bagai kan..
i sedar i dah tua.....tapi syiokkk gak...bila melayan bebudak otak suku nih..kita jadik spoloh taun muda pulak...

 punya jauh dia suh aku tiup lilin nih..dia kata tradisi mcm nih..
mmg sampai subuh x tetiup lilin..rupanya saje pendengki aku..
3 org sambut hb kat chilis time tuh..jadik mmg gamat dengan lau hb

 yes..happy sangat..ade gak org hargai n ingat kat kita kan..
cian kat hubby...hari tuh dia ajak kuar aku xde mood..

Big thanks for my bos n friends 
nanti i masak asam pedas tuk uolssss ek...


sebelum balik i pulak banje bos Starbuck...pun minuman ruji my bos..

.

apa pun syukur sangat sebab Allah masih panjangkan umur dan dapat hidup selesa di bumi Allah ini..
tak minta tinggi melangit cukup sekadar kesempurnaan hidup ..bahagia dan dimakbulkan hajat yg masih x tertunai...aminnnn

Tuesday, May 1, 2012

Make over lagik!!

Posted by cinda at 9:22 PM
Reactions: 
0 comments
Aku sekarang memang betul2 dalam mood nak menghias..yo la puasa nak dekat..jadik baik prepare awal2 kan
siap2 ape yg patut..jadik bulan posa nanti x penat kan..
bulan 4 nih dah masuk 4 kali turun ikea..memula ngan family..pastu ngan opismate ..last ngan adik p order katil idaman tuh..
ni pun tengah pening nak carik langsir sliding door..mak aku dah bising dah masuk 2 tahun x tuko..hikhik..bukan apa sambut raya kt kampung..naik keje bukan saper pun nak datang kan..



 banyak bekenan cermin yg baru2 ..tapi dah x tau nak letak mana..dinding dah penuh..


 beli rak ni..

 sekarang banyak produk ikea motif bunga-bunga...
dari tisu..langsir..cawan n pasu suma bebunga halus ni..summer season kot...

 mak banyak soping gak..angkut bawak muooo...




 buhsan ngan rak lama..anto masuk stor...tengokla tu..tengek botol x santek...


 haaaa...dah ganti...
tapi kejap jer duk kat ctu..sebab pasal rak tu la si blackie jatuh kebawah...huhuhu



letak kat tingkap dalam..maka x dapat la blackie amek angin kat luar lagi kan..
bekas santik tu beli kat romantika..letak makanan blackie n serbuk cuci
hehehe...sedap sikit bijik mata nengok...senang nak capai..

tong merah tu pasir si blackie..
mak aku sound ..nasib beno ko blackie..ngengade...
 

CeriteraCinda Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea