Wednesday, December 19, 2012

Short Vacation *Cameron Highland*

Posted by cinda at 10:40 PM
Reactions: 
3 comments
HI!! peace yoooo

Petang jumaat si bapa call..cakap nak datang..alah apsal datang lum gaji..
tapi takpe la korek apa yang patut..jadi berjalan lah kami ke Cameron Highland memenuhi hajat si bapa yang dah lama kepingin nak ke tanah tinggi..baguslah sesekali pergi ke kawasan yang segar suasananya
lebih lagi si adik baru lepas habis SPM..
pergi balik hari saja sebab tak plan apa2..gerak pas subuh sampai dalam kul 12
aku bawak bekal siap2 sebab rasa2 cam x banyak tempat makan kat atas tuh..


singgah bekpes kat S Corner..nak berangan omputeh..kita order scone rm4.90 sejibik


Tersilap langkah bila sampai atas tak singgah terus jer sampai la S Corner ni..bila nak patah balik tengoklah jem kat atas tu..tak sanggup.. jadi melepaslah nak membeli sayur n buahan kat tepi jalan tu..kami meneruskan perjalanan terus ke Tanah Rata dan balik ikut Tapah

segar segar sayur..murah pulak tu..8 peket rm10 jer...



posing di cafe di tebing kebun teh seluas permandangan..cantik sangat
nampak orang kutip daun teh cam semut

boleh aku tak nak trun sebab curam sangat tangga nak ke ladang teh ni..
jadik layan jer lah muka model tak berbayar ni yerr..





muka tak boleh make up selama sebulan..huhuhu


sekejap jer duk kat atas tu..
kami teruskan perjalanan balik melalui Tapah
sepanjang jalan penuh orang asli jual durian...
bapak aku dah berzikir nak makan durian..nak makan durian
so singgah la salah satu gerai kat tepi lereng tu..

sumpah!! sedappp sangat durian ni..
orang asli tu cakap ni takde kacuk kacuk memang pure lemak manis 
huhhh berbaloi selonggok dalam 5 biji kot rm20.00



sambil meneruskan perjalanan bersimpang siur ni singgah pulak kat Lata Iskandar
sejukkan kaki...



Tuan tanah kedaung ngan en somi


Belikan bos kaktus ni..wajib beli rm10 untuk 6 (eh mmg 6 satu lagi dah letak kt bilik bos hehehe)

# hujung bulan nak coti coti lagi sampai lah april tahun depan...huhhh sangappp!!!

D'Arab Cafe Uniten Bangi

Posted by cinda at 6:15 PM
Reactions: 
4 comments
Salam khamis
Just info tempat makan pada warga yang berdekatan Putrajaya
masa lunch time cuba nak ubah selera
D'Arab Cafe ni terletak dekat dalam Uniten ni kira foodcourt la
dekat dengan masjid uniten


 kami terawal sikit jer...terus panjang berjela orang beratur

 Miera order kambing RM14.90

mine, ayam RM 11.90


 sue order nasi ayam sizzling (gerai sebelah) RM5.00 tapi tak nampak mcm sizzling pun


 on d way balik perkara wajib singgah makanan goreng2 tepi uniten
beli coconut shack rm 3.00

Tuesday, December 18, 2012

Wordless Wednesday: Party Tupperware!!!

Posted by cinda at 5:42 PM
Reactions: 
0 comments

Tuan rumah demam tupperware...
Harga runtuh akhir tahun...terjebak..dan terjebak



bih kurang rm230++ tuk semua ini...hoyehhhh

Sunday, December 16, 2012

Doa Murah Rezeki

Posted by cinda at 11:57 PM
Reactions: 
3 comments






Wednesday, December 12, 2012

as a woman....

Posted by cinda at 8:13 PM
Reactions: 
1 comments





12.12.12

Posted by cinda at 8:03 PM
Reactions: 
0 comments
Tarikh cantik sangatt!!
tapi apa aku buat pada tarikh ni...




dengan takde sominyer..tengahari pun makan ni jerrr...





cer teka..cer teka...







 kihkihkih...pestime dalam hidup p services keta sengsorang..sebelum ni pun x pernah ikut p service pon
konon nak mencabar diri..ok whatt...senang giler..
en somi tak tau nih...tapi dah tengok millage keta dah ngam ngam nak kena services
pastu ternampak pusat service honda ni baru bukak kat bangi
oh yer sesape nak service keta honda sila ke alamat kat bawah ni

@ Tmn. Industri Selaman, Section 10, Bandar Baru Bangi.
dekat dengan warta bangi
 Call@03-89250714

baru bukak awal bulan disember 
aku just walk in tak appointment pun
komen aku service sangat tiptop tak tau la kot baru bukak kan..dalam sejam setengah dah siap
yang kelakar masa dah siap service dia follow sampai keta pastu terpacak macam guard tepi keta tunggu aku blah..ek ke mmg mcm tuh..hahaha peghakk btull

tu jer kejadian yg berlaku kat aku pada 12.12.12
just new experiance for me la


* motip buat baik kat en somi sebab nak mintak tambah elaun nak settlekan hutang ai kat opis...huaahua



Harimau Malaya 2012 National Team Kit by Nike. Suzuki Cup 2012

Posted by cinda at 6:24 PM
Reactions: 
0 comments
Sementara tengah mood bola ni jom kenal kenal dengan jersi baru Malaysia- Harimau Malaya 2012
en laling pergi perasmian sebagai wakil retailer, ni pun godek  S note dia jumpa la gambar yang ditangkap masa perasmian jersi harimau malaya 2012.

Harimau Malaya standing tall and proud all geared up in National Team Kit (NTK) and All Conditions Control  (ACC) boots by Nike 





 Dicetak pada bahagian dalam jersi adalah slogan "Tanah Tumpahnya Darahku" dalam bahasa Melayu, petikan perang menangis dari lagu kebangsaan Malaysia yang bertujuan untuk memupuk keinginan untuk pemain yang bermain untuk negara.






bila launch jer member musti balik pakai baju free 
bini bebel2 ingat laki tak abis2 beli baju ghupernya dapat free
harga pasaran jersi ni RM229.00

Monday, December 10, 2012

Bina Insan Santapan Rohani

Posted by cinda at 12:17 AM
Reactions: 
2 comments
Assalamualaikum..
salam petang semua..Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini..
semoga Rakyat GAZA juga ceria dipagi barakah ini...seronok buka FB tengok ramai rakyat/artis Malaysia melawat mereka disana..alhamdulillah. Kita kat Malaysia ni pun kena beringat dengan segala kemewahan yang ada di bumi bertuah ni kan..syukur! syukur!

Hujung minggu hanya kat rumah sebab jumaat malam dah enjoy kat Malam MIDA di Shangri-La KL
en laling pun nak rehat puas puas sebab ahad dah nak gerak ke JB outstation sampai khamis..huaaaa...membujanglah saya. Mula hajat nak mengikut tapi bila dah lama sangat rasa tak berbaloi nak bercuti..lagi pun buka dapat jenjalan ngan dia pun sebab masa dia mmg pack tuk meeting jer..kawan kat singapore pun balik Mesia nak ngurus anak naik sekolah walau pun ada plan nak jumpa dia kat sana. takpelah insyallah next time coz en laling pun every month trun JB.

Hari ni pun dah appointment ngan exschoolmate nak jumpa kat Alamanda. huh seksa nak jumpa minah ni dah masuk 3 bulan kot dia pindah Putrajaya baru dapat jumpa, tu pun sebab nak ambik produk yang dia jual..hehehe.

Actually entry tertunda ni nak kongsi cerita aku masa pergi kursus bina Insan kat Hotel Corus Paradise Port Dickson 2 minggu lepas. Kursus yang datang tak dijangka sebab kak erna beria ia ajak pergi sama..alhamdulillah, memang tak pernah pergi pun dan bila hantar borang terus diterima, takde masalah walaupun dah tarikh tutup.


baru check in

cantikkan..Corus Paradise Hotel Port Dickson

aje giler...bilik duluxe tapi duk sengsorang..
yg apply 29 org yang pergi 20 org..ape cer...

cantik!! suma haku yang punya.hahahaha

view dari bilik

dah check in terus pergi ke sesi perkenalan n kul 6 dah p makan malam...

menu pertama kat hotel..3 hari kat sana 3 hari depa bagi makan kambing..memang mabelessss...

kalau bercuti dah lama keceborrrr kat dalam kolamm...ni just pandanggg jer la..

repeat kambing  sebab sedap sangat....

hari kedua petang ada sesi riadah...

18 perempuan hanya 2 lelaki senang nak handle..kebanyakan adalah adik adik jer..seronok sebab beribadat sambil enjoy..

breakfast pun berat..

maghrib n isyak berjamaah.. alhamdulillah

Hari terakhir diadakan Qiamullai..alhamdulillah kul 4pagi suma dah ada
dapat la buat sembanyang sunat hajat, tasbih n witir disudahi dengan sembahyang subuh

ADK Aktiviti dalam kumpulan

makan n makan
hari kedua sup kambing pulak...


Tak paham kenapa ramai cam tak berminat nak join Bina Insan nih..pada aku kalau lagi lama lagi best kot
ni lah masa nak betul betul dekat ngan Allah ..almaklum hari biasa kita lebih dunia jer..kengkadang susah nau nak insaf kan...bila berkumpul macam nih sekurangnyer ada terdetik kat hati nak jadi insan yang lebih baik nak perbetulkan apa yang patut..

Alhamdulillah suma kawan kawan pun baikkk sangat...sampai ada yang ajak aku p tukar kat bahagian dia..eh tu mcm nak cakap aku baik jer...huh ferasann..serius bahagia dikelilingi kawan kawan yang boleh kongsi cerita leh datang bilik lepak2 n cerita cerita..tapi bab nak tukar bahagian tuh kena fikir bebetul la..sebab kat tempat aku ni pun dah ok takde masalah.

breakfast 2nd days


malam akhir yang sungguh menyentuh perasaan...seriuss
malam tu kami kena isi borang wasiat iman ni umpama esok kita akan meninggalkan dunia
wssiat ni ditujukan kepada ibu,bapa ,suami n adik beradik
compem memang mengalir air mata..air hidung masa tulis wasiat nih..dan secara automatik
laju jer tangan menulis..memang etrasa nak mati sangat dah...
lebih feeling bila ada yang kena baca wasiat tu untuk didengar oleh kengkawan..huh sadissss...
kat borang tu jugak kita kena isi alamat, urusetia akan simpan dalam masa 3 bulan, insyallah kalau memasing umur panjang xde la surat yang akan dipos kepada waris dan akan dibakar surat tu.

Pengision rohaninya banyak tapi aku tak reti nak kongsi kat sini.
banyak cara cara nak guide diri dari perkara perkara harian yang secara sedar n tak sedar yang kita buat dalam kehidupan kita seharian yang mungkin boleh merosakkan hati, menimbulkan sifat-sifat Ammarah.

mengenal diri dari asal penciptaan manusia, mengkaji kelebihan dan kesempurnaan manusia yang dipilih sebagai pentadbir alam n banyak lagi lah...





alhamdulillah selesai


kumpulan satu dinobatkan tempat kedua..

kami kumpulan 2 jadi juara untuk  ADK dan sukan

siap siap nak balik dalam kul 1.30 dah gerak balik Putrajaya
sebelum tu makan tengahari dulu



*Rumusannya alhamdulillah dapat sedikit ilmu unruk santapan rohani,,in syaa allah apa yg kurang diperbetulkan n cuba jadi insan yang memiliki sifat sifat Mutmainnah..aminnn

* dan santapan perot jugak seiring dengan santapan rohani..acaner tuh????  fikir fikirkan lah..hehehe

 

CeriteraCinda Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea