Apabila sebut sahaja perbelanjaan dapur, ramai yang sudah mula garu kepala. Dengan harga barang yang semakin tinggi, menambahkan lagi kos sara hidup harian. Gaji setiap bulan bukan untuk dapur sahaja. Tetapi banyak perbelanjaan lain seperti bil air, bil api, bil telefon, kereta dan pelbagai lagi perlu diambil kira. Penyelesaiannya ada, dan kita buat dengan cara paling kreatif.

Masak sendiri
Makan di luar sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk di kawasan bandar khususnya.Tidak salah jika membawa anak-anak makan di luar, tetapi janganlah diselalukan.Lebih jimat rasanya jika anda memasak sendiri di rumah.Walau sesibuk mana pun anda cubalah untuk luangkan masa memasak sendiri.Kini terdapat banyak menu-menu masakan mudah yang boleh dicuba.Anak-anak juga pastinya ingin merasa masakan air tangan ibunya sendiri. Kalau anda nak tahu, cara ini juga berkesan untuk memikat hati suami.

Catat jumlah perbelanjaan harian
Cara ni agak melecehkan kerana anda perlu membuat catatan harian kepada setiap sen yang anda keluarkan. Tapi dengan cara ini sahaja anda akan dapat menjejaki kemana hilangnya duit anda disamping dapat membandingkan jumlah perbelanjaan anda pada setiap bulan.  Cuba buat analisa mengenai perbelanjaan harian anda dengan membuat satu jadual mudah seperti duit keluar dan duit masuk.

Sumber makanan
Kita boleh gunakan alternatif lain untuk mendapatkan sumber makanan selain dari membelinya di pasar raya.Caranya adalah dengan menanam pokok-pokok sayuran seperti cili, sawi, daun kunyit dan bayam di rumah.Semua tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi.Malah, anda juga boleh menanamnya di dalam pasu. Mudah dan sungguh praktikal. ye..aku pun tanam daun kari n daun pandan kat pas..bestt main petik jerr...

Jadi kreatif dalam masakan
Bagaimana agaknya untuk kreatif dalam masakan dan pada masa yang sama dapat berjimat. Caranya mudah iaitu dengan menyimpan lebihan lauk di dalam peti sejuk. Semua lebihan ini boleh diupgrade dan dimasukkan ke dalam masakan lain seperti mee goreng atau bihun goreng sebagai bahan perencah.Nasi lebihan juga boleh dibuat nasi goreng sebagai sarapan pagi.Cuba fikirkan menu kreatif lain yang boleh anda buat di samping berjimat.

Bajet perbelanjaan di dapur sememangnya tidak dapat dielakkan kerana ia satu keperluan wajib harian kita. Tetapi apa kata mulai hari ini, kita berjimat dalam perbelanjaan dapur dan kita gunakan cara bijak demi menjaga keharmonian seisi keluarga. Islam juga menggalakkan umatnya berjimat cermat di dalam menguruskan perbelanjaan.

"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."(Surah Al-Israk: Ayat 27)


 ayam sambal yang tak memerlukan kos yang besar...kurangkan santan jadi sesekali masak sambal lebih sedap...muahahahah....

tetiba teringin nak makan pizza..tapiiiii...jgn asyik ingat pizza hut or dominos ajerr...
pizza kat kedai pak arab Sana'a pun sedapp tapi murah sangat harga dia cuma RM12.00 untuk saiz besar lapan slice....hehehe bijak kan?? tapi bagi yang duk berdekatan Cyberjaya saje lah.....

 Contoh makan kat KennyRoger mcm ni sorang siap air dekat rm30..tapi kalau panggang sendiri kat rumah rm30 tu dapat sekor ayam..ehh..tapi kalau teringin apa salahnyerr hehehehe

#Tip beli barang di pasaraya kecil seperti speedmart juga bagus sebab mereka menawarkan harga lebih murah sebagai contoh harga dynamo 5kg di pasaraya besar rm27.00 tapi di pasaraya kecil ada yang menawarkan harga serendah rm19.90(darulsalam) dan rm21.90 (Speedmart).....