Wednesday, December 12, 2012

Harimau Malaya 2012 National Team Kit by Nike. Suzuki Cup 2012

Posted by cinda at 6:24 PM 0 comments
Sementara tengah mood bola ni jom kenal kenal dengan jersi baru Malaysia- Harimau Malaya 2012
en laling pergi perasmian sebagai wakil retailer, ni pun godek  S note dia jumpa la gambar yang ditangkap masa perasmian jersi harimau malaya 2012.

Harimau Malaya standing tall and proud all geared up in National Team Kit (NTK) and All Conditions Control  (ACC) boots by Nike 





 Dicetak pada bahagian dalam jersi adalah slogan "Tanah Tumpahnya Darahku" dalam bahasa Melayu, petikan perang menangis dari lagu kebangsaan Malaysia yang bertujuan untuk memupuk keinginan untuk pemain yang bermain untuk negara.






bila launch jer member musti balik pakai baju free 
bini bebel2 ingat laki tak abis2 beli baju ghupernya dapat free
harga pasaran jersi ni RM229.00

Monday, December 10, 2012

Bina Insan Santapan Rohani

Posted by cinda at 12:17 AM 2 comments
Assalamualaikum..
salam petang semua..Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini..
semoga Rakyat GAZA juga ceria dipagi barakah ini...seronok buka FB tengok ramai rakyat/artis Malaysia melawat mereka disana..alhamdulillah. Kita kat Malaysia ni pun kena beringat dengan segala kemewahan yang ada di bumi bertuah ni kan..syukur! syukur!

Hujung minggu hanya kat rumah sebab jumaat malam dah enjoy kat Malam MIDA di Shangri-La KL
en laling pun nak rehat puas puas sebab ahad dah nak gerak ke JB outstation sampai khamis..huaaaa...membujanglah saya. Mula hajat nak mengikut tapi bila dah lama sangat rasa tak berbaloi nak bercuti..lagi pun buka dapat jenjalan ngan dia pun sebab masa dia mmg pack tuk meeting jer..kawan kat singapore pun balik Mesia nak ngurus anak naik sekolah walau pun ada plan nak jumpa dia kat sana. takpelah insyallah next time coz en laling pun every month trun JB.

Hari ni pun dah appointment ngan exschoolmate nak jumpa kat Alamanda. huh seksa nak jumpa minah ni dah masuk 3 bulan kot dia pindah Putrajaya baru dapat jumpa, tu pun sebab nak ambik produk yang dia jual..hehehe.

Actually entry tertunda ni nak kongsi cerita aku masa pergi kursus bina Insan kat Hotel Corus Paradise Port Dickson 2 minggu lepas. Kursus yang datang tak dijangka sebab kak erna beria ia ajak pergi sama..alhamdulillah, memang tak pernah pergi pun dan bila hantar borang terus diterima, takde masalah walaupun dah tarikh tutup.


baru check in

cantikkan..Corus Paradise Hotel Port Dickson

aje giler...bilik duluxe tapi duk sengsorang..
yg apply 29 org yang pergi 20 org..ape cer...

cantik!! suma haku yang punya.hahahaha

view dari bilik

dah check in terus pergi ke sesi perkenalan n kul 6 dah p makan malam...

menu pertama kat hotel..3 hari kat sana 3 hari depa bagi makan kambing..memang mabelessss...

kalau bercuti dah lama keceborrrr kat dalam kolamm...ni just pandanggg jer la..

repeat kambing  sebab sedap sangat....

hari kedua petang ada sesi riadah...

18 perempuan hanya 2 lelaki senang nak handle..kebanyakan adalah adik adik jer..seronok sebab beribadat sambil enjoy..

breakfast pun berat..

maghrib n isyak berjamaah.. alhamdulillah

Hari terakhir diadakan Qiamullai..alhamdulillah kul 4pagi suma dah ada
dapat la buat sembanyang sunat hajat, tasbih n witir disudahi dengan sembahyang subuh

ADK Aktiviti dalam kumpulan

makan n makan
hari kedua sup kambing pulak...


Tak paham kenapa ramai cam tak berminat nak join Bina Insan nih..pada aku kalau lagi lama lagi best kot
ni lah masa nak betul betul dekat ngan Allah ..almaklum hari biasa kita lebih dunia jer..kengkadang susah nau nak insaf kan...bila berkumpul macam nih sekurangnyer ada terdetik kat hati nak jadi insan yang lebih baik nak perbetulkan apa yang patut..

Alhamdulillah suma kawan kawan pun baikkk sangat...sampai ada yang ajak aku p tukar kat bahagian dia..eh tu mcm nak cakap aku baik jer...huh ferasann..serius bahagia dikelilingi kawan kawan yang boleh kongsi cerita leh datang bilik lepak2 n cerita cerita..tapi bab nak tukar bahagian tuh kena fikir bebetul la..sebab kat tempat aku ni pun dah ok takde masalah.

breakfast 2nd days


malam akhir yang sungguh menyentuh perasaan...seriuss
malam tu kami kena isi borang wasiat iman ni umpama esok kita akan meninggalkan dunia
wssiat ni ditujukan kepada ibu,bapa ,suami n adik beradik
compem memang mengalir air mata..air hidung masa tulis wasiat nih..dan secara automatik
laju jer tangan menulis..memang etrasa nak mati sangat dah...
lebih feeling bila ada yang kena baca wasiat tu untuk didengar oleh kengkawan..huh sadissss...
kat borang tu jugak kita kena isi alamat, urusetia akan simpan dalam masa 3 bulan, insyallah kalau memasing umur panjang xde la surat yang akan dipos kepada waris dan akan dibakar surat tu.

Pengision rohaninya banyak tapi aku tak reti nak kongsi kat sini.
banyak cara cara nak guide diri dari perkara perkara harian yang secara sedar n tak sedar yang kita buat dalam kehidupan kita seharian yang mungkin boleh merosakkan hati, menimbulkan sifat-sifat Ammarah.

mengenal diri dari asal penciptaan manusia, mengkaji kelebihan dan kesempurnaan manusia yang dipilih sebagai pentadbir alam n banyak lagi lah...





alhamdulillah selesai


kumpulan satu dinobatkan tempat kedua..

kami kumpulan 2 jadi juara untuk  ADK dan sukan

siap siap nak balik dalam kul 1.30 dah gerak balik Putrajaya
sebelum tu makan tengahari dulu



*Rumusannya alhamdulillah dapat sedikit ilmu unruk santapan rohani,,in syaa allah apa yg kurang diperbetulkan n cuba jadi insan yang memiliki sifat sifat Mutmainnah..aminnn

* dan santapan perot jugak seiring dengan santapan rohani..acaner tuh????  fikir fikirkan lah..hehehe

Wednesday, December 5, 2012

Dinner@RoyaleBintang Curve

Posted by cinda at 7:46 PM 0 comments

Alkisah sabtu lepas dok keluar berjimba dari pagi santak malam dengan my friends. Pantang dapat kereta laju je akal nak merayap..patut la hati ni tuhan tak bukak nak beli kereta sebab aku kalau ada kereta memang akan tak lekat kat rumah la jawapnyerr..huh memang ada hikmah.

pastu esoknyer en laling ajak makan luar..ikut la walau badan macam malas nak gerak sebab sok nak keje..
tapi aku tak masak ahad tu sian pulak.kebetulan tempat yang disebut nyer The Curve harus cepat2 salin baju hehehehe..nak nak.. my laling teringin nak makan kat hotel katernyerr...



 tempat ni betul2 depan Marce kat pintu masuk hotel Royal Bintang tapi kat terrace yang penuh ngan restoran tu. 

nak kata puas hati tak gak sebab tak banyak pilihan pun..adalah 5 stall termasuk bbq
cuma lokasi dia santai boleh tengok liveband

 ambik dessert dulu..

 pastu pilih ape nak di bakar...laki ai amek ciput jerrr..
dia kalau makan kat mana hotel pun memang tak bersungguh makan..rugi kalau bawak dia..
kalau aku pulak seboleh boleh suma nak rasa..nanti aku review apa aku makan masa duk hotel masa kursus kat PD ari tu..sampai kena tegur..badan kecik tapi kuat makan..heheheheh

 ni aku punya sikit gak la..sebab malu nak amek banyak
kambing, lembu, ayam dalam satu pinggan
husband aku makan laju benau tak sempat nak snap dah licin..menu lain ada nasi goreng, rojak sotong, mee kari, tauhu bakar

 dah abis makan berat ubah tempat lepak kat depan pulak makan ringan ringan sambil tengok liveband

last walaupun dah kenyang amek mee kari 
lum kul 10 dah chow balik hahaha..sempat tinjau Mango n Charles keith jer...
huhu misi nak cari kasut tak tercapai lagi...

Tuesday, December 4, 2012

Wordless Wednesday: Purple!!!

Posted by cinda at 8:12 PM 3 comments

Finally....
telah berjaya ditransformkan colour of future wall tuh...




Monday, December 3, 2012

Anugerah AIM

Posted by cinda at 10:57 PM 3 comments

Salam selasa uolsss...
banyak entry yang nak di publish nih..tapi tahap kemalasan kira masih berbaki jadi akan ada banyak enrtry tertangguh..in shaa Allah

haissshhh..memang  xde mood nak update sebab aku dah tak boleh upload gambar bebanyak sebab dah overload..kena resize gambar baru boleh add photo..itulah kelemahan aku..bab bab nak edit nih tak masuk kepala lah...

ok sebenarnya nak citer dua minggu lepas akak opismate offer tiket Anugerah AIM nih kat aku..
maka laju lah terima tiket ni terus gitau kt husband n dia ok jer..sasalah dia satu jer..sebab dia tak suka crouded2 nih..jadik majlis lum abis kitaorg dah chowww



tunggu artis lalu red carpet


dapat tempat VIP..bebetul depan stage..clear bijik mata..

majlis belum abis..jadik kawasan clear lor..

siti yang cantik seperti biasa



 

CeriteraCinda Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea