Sunday, January 20, 2013

Asam Pedas Embun Cafe Taman U JB

Posted by cinda at 10:02 PM 0 comments

kalau nak buat entry pasal makan..air liur beberapa kali tertelan..
itu memang kelemahan tuan rumah kalau citer bab bab makan tak tau kenapa sebab effect terbayar makanan kat kepala terus saraf otak pergi kat tekak..ahakss..

citer terperam dari awal tahun dah masuk minggu ketiga..nak kata bz kira bz la jugak..walau pun orang kata keje sampai mati pun tak abis..dah selagi hidup ni kerja lah kan..
penat campur seronok tak tahu resultnyer best ke tak..penat travel tapi dalam masa yang sama enjoy dengan apa yang kita buat kira ok la..cuma bila dah sampai rumah nak mengemas nak membasuh terus datang kepenatan tahap maksima..macam selalu en somi bilang..ha bila sampai rumah hantu masuk badan la tu..buat muka ..mengeluh..cuba kat soping complex..selagi daya berkilometer sanggup ku redahi..hahaha..besa lah perempuan ada pro n kontra..




Tempat makan ni actually dekat dengan HQ yang selalu en somi attand meeting..jadik COO dia memang kuat makan..pas meeting memang ada jer port makan yang sedap2 n kena dengan tekak. Jadi masa kami singgah makan sebelum gerak balik tu kami orderlah menu sebijik macam bos COO order, just mention nama bos n cakap nak macam dia selalu order..hehehe


memula kita pilih la apa ikan yang kita nak..banyak pilihan n segar segar..
pastu dia masak dalam claypot tu ha..


Nasi goreng kampung dia memang terbaek...hahaa..tengah makan mintak order bungkus satu..
cakap ngan cik somi nak makan kat JPO kihkih...kat JPO tu dah la mahal pastu standard KLCC tak tau halal haram..
 ha..ni bos selalu order kira side dish la...

 muahaaa...berasap ko..pekat kawkwaw punyerr


thump up!!! len kali kita terjah lagi ek...

 asam pedas ikan merah

berpeluh peluh hirup asam pedas..padehal ko tiap minggu masak asam pedas kat rumah..dah dasar tekak orang johor pantang kat mana kena cuma jugak ngetes...



malam sebelum tu dok ronda ronda pasar karat kat bandaraya
en somi ajak hirup sup kambing n tulang kat gerai selit selit blankang bangunan..huhu tempat horror kot
tapi dia penah makan jadi layan je la..

joget lambak yang tak baper semenggah..


Sunday, January 13, 2013

Kelebihan Ayat Kursi

Posted by cinda at 10:43 PM 0 comments





Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)

1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali

pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan

sembahyang sunat dua rakaat, Allah

memeliharanya daripada kejahatan syaitan

dan kejahatan pembesar.”


2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:

“Orang yang selalu membaca ayat Kursi

dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana

DIA memelihara Nabi Muhammad.”


3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:

“Mereka yang beramal dengan bacaan ayat

Kursi akan mendapat pertolongan serta

perlindungan Allah daripada gangguan

serta hasutan syaitan.”


4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:

“Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin

Allah, akan terhindar daripada

pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi

benteng yang kuat menyekat pencuri

daripada memasuki rumah.”


5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:

“Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan

memberikan keselamatan ketika dalam

perjalanannya.”



Friday, January 11, 2013

2nd trip vacation for 2013

Posted by cinda at 1:26 AM 0 comments

halu halu....dah petang baru dapat nak celoteh kat belog...
ni pun dah nak balik..baru minggu lepas pack baju p JB
balik ni repack sebab nak ke JB balik...yehaaaa...
tak sempat nak cover citer JB minggu lepas...

Kali ni trip family day belah hubby..
In Sya Allah kami akan menginap di hotel Tristle JB..
banyak betul plan tapi masa singkat sangat..mana nak p JPO
mana nak mandi pool (sebab pool amat besar hokeh)
mana nak lompat masuk Singapore...
apa pun KITA ENJOY!!!!

Exterior
betul betul dekat bandar Johor Bahru bersebelahan Imigresen ke Singapore




gambar kat JB minggu lepas...tengah tunggu asam pedas muara
(hehe nak jugak letak gambo tuan rumah)


#okeh nanti balik kita gebang percutian saya ke JB tanah tumpah darahku..hehehehe

Tuesday, January 8, 2013

WW: gambar terjumpa

Posted by cinda at 8:30 PM 3 comments



#tomeitomei

Sunday, January 6, 2013

Blackie dah sunat

Posted by cinda at 10:24 PM 5 comments

Alhamdulillah budak hitam ni dah dikhatankan...
hahahaha...huhuhuhu...shian sebenarnya..
tapi apa nak buat kena jugaklah..takut perangai makin menjadi jadikan
makan tak nak..suka buat perangai..muntah bulu huhhhh

masa bawak balik dari VET muka memang sentap habis lah..
malam tak nak tido ngan kitaorg...asik bawak diri jer..
huhu sedihhh oooo..
tapi semalam sebab rindu ngan kami dia dok tido tengah tengah haahha...
maklum kena tinggal 2 hari
ni weekend nak kena tinggal lagi...



 hehe muka tension mummy dok soh posing

 tengok!!..muka redho suh duduk diam2 

kejap dah setahun bela dia...hehehehe
 

CeriteraCinda Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea