Monday, July 15, 2013

Sambal kering ala Johor

Posted by cinda at 5:41 PM 0 comments
Alhamdulillah pejam celik dah seminggu ramadhan berlalu...
seronok pulak sebab rasa tahun ni tak sibuk sibuk nak cantikkan rumah..
tahun lepas sibuk la nak mengecat..tukar frame la..buat langsir la..tahun ni kita recycle jer..
tapi guna bahan 5 tahun lepas..rasa cam baru sikit sebab dah lama simpan langsir...

Hari ni PIL nak datang berbuka sebab esok pak metua ada check up kat hospital
tengahari nak balik jap ngemas..hahaha dah jadi habit sejak dulu kala kalau orang nak datang rumah mesti nak perfecto..kemas guestroom..tandas..pastu plan nak masak udang masak lemak dengan pengaga..heheh..

oklah semalam buat lagi sambal kering..ada orang order..alhamdulllah..ari tu ada buat tester..ada yang suka ada yang complain..biasa la tu kan..jadi kita repair apa yag patut

sambal kering ni sinonim dengan orang Johor lebih lagi orang jawa..cara penyediaan dia mudah sangat..bahan pun senang. Kalau dah ada tu asik nak meratah jer kerjanya...




Bahan utama:
kacang tanah ,tempe dan ikan bilis



 untuk menumis guna bawang kisar dan lada kering kisar
tumis sambal sampai betul-betul kering dan jangan bubuh air setitik pun sebab nak bagi tahan lama

 aku lebih suka guna gula perang bagi gelap sambal tu
serasa dengan garam, gula dan tutup api terus masuk bahan goreng tadi dan gaul

 Tada!!!

Nad's Homemade siap...


#Jangan lupa masak penuh kasih sayang okey....dan mulakan dengan Bismillah..ahakss

Sunday, July 14, 2013

Style Hijabista Raya

Posted by cinda at 8:37 PM 2 comments

HAHAHAHA...
saje menerai update belog kat handphone..
gambar Stylista raya tahun lepas..huhuhuuhu
tahun ni nak gaya ape tah...eh dah ada tema..tunggu..









LOkasi: Rumah MakBaPak, Muar
Photographer: NazEmzan#grapholic design
Pakaian/aksesori: SenDirIanBerHAd..
U

Thursday, July 11, 2013

Mee Hailam Mabelesss...

Posted by cinda at 6:52 PM 3 comments
Pagi semalam baca belog Filla.gelak bila dia citer laki cakap dia giler sebab pepagi dah tanya nak makan apa untuk berbuka..
semalam laki aku pulak kul 6 baru kedek kedek request makanan nak berbuka...
oleh kerana zaman IT x susah google jer resepi time tu..
dia request nak mee hailam tetiba...
nasib baik pulak suma bahan memang dah ready dalam peti ais...


Bahan:
Mee kuning
2 ulas bawang putih(ketuk)
Sos tiram (3 sudu)
Sos ikan(2 sudu)
lada merah
5 ekor udang sederhana
daging potong slice
secubit garam
2 sudu kecil tepung jagung

cara-cara
tumis bawang putih dan masukkan daging slice bagi empuk..
masukkkan sos tiram n sos ikan dan masukkan air sikit
masukkan udang pastu terus masukkan mee n sayur sayuran pilihan
dan last sekali masukkan tepung jagung nak bagi kuah pekat

siapp!!!

versi dalam kuali
sedap kak ton..tak tipu hahahahahah

Wednesday, July 10, 2013

Women On The Hunt oleh Puspanita BSN

Posted by cinda at 8:28 PM 0 comments
Mengejar entry sampai tak terkejar..Alhamdulillah tahun ni banyak sangat aktiviti sihat dah aku join..dekat dekat pulak tu..orang kata baru ada life ahak ahak..kalau tak pergi kerja balik duk rumah diam diam..

Aktiviti treasure hunt ni memang antara fevorite aktiviti bagi aku...best ooo..kalau belum cuba jom cuba baru tahu adventure mcm mana...sebabnye kita kena banyak berfikir..pantas..cekap haks...iyola tuh..



 Kul 6.15 pagi dah kuar p ambik geng

 Women on the hunt...Tempat pelepasan BSN HQ ke check point pertama Wangsa Maju...

 submit jawapan di Everly Hotel Alamanda..n makan tengahari truss...

selesai...walaupun kalah tapi puas hati dapat folow suma task sampai habis..walau pun sesat barat punya lama kat Bangi ..


Tuesday, July 9, 2013

Maritim@PulmanPutrajaya

Posted by cinda at 6:39 PM 0 comments
Salam satu Ramadhan...
hehe..rasa besalah pulak nak buat entry ni..kang sendiri terliur..

kejadian dua hari lepas..balas dendam sebelum posa.Cik Miera nak jugak bawak makan kat Maritim ni
sebab dia dah p ngetes dulu..

 Harga mahal sikit dari PadiHouse

 pemandangan tepi tasik

 nasi goreng...

 aku tak berapa lapar just order mee hoon singapore..

Cik Miera dengan kambing memang kamcing...

Lokas: Maritim bersebelahan Hotel Pulman
Dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam
 

CeriteraCinda Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea