cuba baca contoh orang yang pernah mengalami sendiri situasi ni..
Aku salah seorang yang pernah
mempunyai kawan imaginasi @ imaginary friend, di mana namanya aku
sendiri pun tak ingat. Ia hadir sejak aku sudah boleh mengingat
peristiwa pada usia 2 tahun, di usia aku mula tahu berjalan, tetapi aku
hanya mula tahu bercakap/berkomunikasi secara lisan sejak berusia 7
tahun. Bahasa yang aku gunakan sebelum mengerti bahasa seharian ialah,
"Aaa, uuu,eee, auu, ee, uuu, haaa, hahuuu, daiii, waa" hue hue hue.
Berdasarkan cerita orang yang
melahirkan aku, aku sering dilihat bermain seorang diri, bercakap
seorang diri, berlari kejar-kejar seorang diri dan marah seorang diri
tetapi keadaannya seperti bercakap dengan seseorang. Bermain seorang
diri dengan ekspresi muka yang gembira menimbulkan 'awkward' di mata
seorang emak. Tetapi situasi itu berakhir pada usia aku menganjak ke
angka 12. Ke mana perginya beliau yang sentiasa menemani aku dan
sentiasa di sisi aku? Aku percaya situasi 'imaginary friends' tidak
berlaku pada hanya aku sahaja. Kalian?
Kawan imaginasi ialah terma
yang digunakan dalam fenomena psikologi dan sosial di mana sebuah
hubungan interpersonal yang berlaku dalam khayalan dalam sesebuah
keadaan di mana kawan imaginasi ialah perkara yang nyata kepada
pencipta watak ini. Kita mulakan dengan fasa kanak-kanak.
Kebiasaannya pada fasa ini,
kawan imaginasi wujud sebagai karakter yang sentiasa menemani mereka,
menjadi peluah emosi mereka dan menjadi teman bermain dalam ilusi yang
jelas. Tidak semestinya fenomena ini wujud di dalam mereka yang
'lonely' @ keseorangan, ia kebiasaannya wujud pada kanak-kanak yang
berimaginasi tinggi dan kreatif. Wujud pro dan kontra untuk kawan
imaginasi, kerana kebergantungan terhadap kawan imaginasi boleh
menyebabkan jiwa mereka hilang dalam realiti.
contoh-contoh pro dan kontra;
kes 1:
anu
A sering berbual seorang diri dan mengasingkan diri daripada orang
lain. anu A turut takut berhadapan dengan orang lain. dia menganggap
dunia ialah keadaan yang berpuaka dengan dirinya. kawan imaginasi
menjadi satu epitom dalam hidup anu A yang mengatakan dunia ini buruk.
keadaan yang berterusan akan menyebabkan anu A ke arah aspeger(sejenis autistime/persasive disorder).
kes 2:
anu
B sentiasa gembira dan tersenyum sepanjang masa, dan selalu berkata
dengan emaknya, yang dia ingin bermain dengan kawannya tetapi dilihat
bermain seorang diri, dan kadang-kadang apabila dia menangis tiba-tiba,
dia akan mengadu kepada emaknya yang si kawannya membulinya.
Boleh jadi, kawan imaginasi ini
menjadi penasihat dan membimbing pemikiran kita, dan boleh jadi kawan
imaginasi ini menjadi penghasut utama pemikiran kita.
anak buah kite pun same..die suke cakp2 ngan ketawe sorang2..mule2 takut lah..tp now dh tau..jd x ler risau..
ReplyDelete