Restoran 5 star pun ada menu Nasi Ambeng..
dapat la rasa dua tiga versi Nasi Ambeng ni...
Saje nak share asal usul.....
Nasi ambeng adalah hidangan khas Jawa berupa nasi putih yang diletakkan di atas tampah dan diberi lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk dapat berupa perkedel, ikan asin goreng, rempeyek, sambal goreng, telur rebus, tempe goreng, urap, bihun goreng, dan opor ayam.
Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan dalam selamatan sebagai sebagai lambang keberuntungan. Nasi dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa. Nasi dimakan dengan memakai dengan tangan telanjang, tanpa sendok dan garpu. Penyajian nasi ambeng mengandung permohonan agar semua pihak yang turut serta dikaruniai banyak rezeki.
Nasi ambeng juga populer di Malaysia, terutama di kalangan orang Malaysia keturunan Jawa, dan juga dikenal dengan nama nasi ambang.[1] Hidangan ini juga dapat dijumpai di Singapura. Lauk wajib nasi ambeng di Malaysia adalah serundeng kelapa. Di Malaysia, lauk nasi ambeng yang populer adalah daging ayam masak kecap, mi goreng, dan sambal goreng.[2] Penyajian nasi ambeng di Malaysia hampir sama dengan penyajian nasi ambeng di Jawa. Nasi dan lauk pauknya diletakkan di atas talam untuk dimakan bersama-sama.
ASAL USUL NASI AMBENG
Nasi ini disediakan oleh orang keturunan Jawa di sebelah Pantai Barat Malaysia semasa kenduri kendara seperti kenduri arwah (Tahlil) dan kenduri kesyukuran. Pada zaman dulu, nasi ini dimasukkan kedalam acuan atau besen sebelum dihidangkan. Dengan ini, nasi ini akan kenyal dan tak mudah bertabur. Yang menjadikan nasi Ambeng ini unik ialah lauk pauknya iaitu Tempe, Kerisik, Rempeyek, Serunding Kelapa, Mee atau Bihun goreng, ayam dan lain-lain juadah pembuka selera termasuk buah-buahan. Semuanya diletak di atas nasi yang berlapik daun pisang dan dulang.
Setiap hidangan adalah untuk 4 orang. Biasanya mereka adalah merupakan ketua setiap keluarga. Pada asalnya nasi ambeng ini tidak untuk dimakan. Ia sekadar dijamah untuk dirasa sahaja. Kemudian ia dibahagi empat dan dibungkus untuk dibawa pulang sebagai berkat (buah tangan) kepada keluarga yang menunggu di rumah. Simbolik dari penyediaan nasi ambeng adalah untuk menjimatkan kos dan kerja pengendalian majlis-majlis tersebut. Disamping itu pengamal nasi ambeng percaya amalan ini boleh membawa kerukunan atau kebahagiaan dalam keluarga.
RESEPI NASI AMBENG JAWA
BAHAN-BAHANNYA:
- Nasi putih
-Ayam masak kicap
-Mee goreng
-Serunding kelapa
-sayur goreng tempe
1) MEE GORENG JAWA
Bahan-bahan:
Mee kuning 2 paket
Taugeh (ikut suka banyaknya)
letak sos dan gula untuk manis
kicap (agak-agak)
Bahan untuk di mesin
5 biji Bawang merah
7 ulas Bawang putih
2 biji buah keraslada kering(ikut pedas)
1 sdb lada hitam(diblend hingga halus)
1 sdb udang kering
Tumis bahan yang dimesin hingga wangi dengan sedikit minyak. Masukkan mee dan kicap, sos, gula dan garam secukup rasa. Masukkan taugeh. Kacau hingga separuh layu dan angkat.
2) SERUNDING KELAPA
Bahan-bahan:
Sebiji kelapa parut
Bahan untuk di mesin
jintan manis 1 jemput
1sudu jintan putih
3sudu ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sdb lada kering blend
1/2 inci kunyit hidup ( elok guna yang fresh)
2 sdb udang kering
Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
Gula dan garam secukup rasa.
Semua bahan diatas dimesin sehingga halus
Cara Menyediakan:
1. Goreng kelapa tanpa minyak (sangan) sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.
3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.
4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat.
SUMBER:
http://hafidzyoungscientist.blogspot.com/2012/03/siri-9-melaka-cacatan-penjelajahan-fcu.html
0 comments:
Post a Comment
chomelnyerrr korang sebab mengomen...