Friday, April 22, 2011

Penipu SANA SINI

Posted by cinda at 1:08 AM
Reactions: 
6 comments
bende ni berlaku selasa hari tu..pas habis keje hubby ajak g Cyberjaya nak jumpa org
aku pun ok la...lapau dah..trus tebayang SABA>>eeheheh..
last2 lepak kat Old TOwn jerk...lepas order tetiba muncul ler org yang di tunggu..hubby x citer pe pun kat aku..bila MAMAT nih tibe aku tekejut sbb bukan orang Mesia...
maka perbualan pun bermula...yang aku paham diorg citer pasal order2 barang..
ghupenya mamat nih dah masuk 3 bulan x bayo hutang kat hubby...huh..mula la aku hangin..
masalahnya barang dah dapat..dia tempah latterhead, business card, dsb..
jumlah ribu gak la...yang aku hangin..dia dolak dalik nak bayo..dia cietr pasal kualiti la..dia cakap mintak lain buat lain la..nampak sgt mcm xnak bayo...leh plak bandingkan barang kat UK ngan Mesia..piiiirahhhh....laki aku pun jawapla tp nampak dia sabo jerk...pastu datang partner hubby plak...haa masa nih..depa dah naik soraaa...pung pang..pung pang...sampai partner hubby paksa gak dia bayoo..pun dia xnak jugak...dia kata nak pulang suma barang...huh...eku rasa nak LEMMP...ajer mamat nih...ko datang Mesia buat bisnes..pastu nak wat t' 'k kat cni..
orang keliling dah mula pandang-pandang...aku pe lagi snap snap gambo dia...kalo nak wat police report senang...hehehehehehe
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
nih pak arab..yang ngaku muslim..
tp trick nak menipu x hinggat


katenya duk UK...

hubby malas nak cakap banyakk...sbb kalau dia hangin..x tau pe jadik

tgh pk nak trick pe lagi

'
'
'
'
'
aku siap baca fatihah..kursi puh kat dia..hehehehehee...


mula hubby deal ngan staff dia melayu..suma kira ok la...sampai diorg terima barang
nih pun partner hubby gertak nak report polis baru dia nak jumpa...


kesimpulannya jangan la pecaya kat pak arab ke....abg hitam ke..dan sesape terlibat dalam dunia perniagaan nih..mmg mudah rasa pengalaman mcm nih..hubby aku xpecially..nih bukan firsttime hokeh...

ok la tgh penin nak bli hadiah tuk my lovely tokmak..sabtu birthday dia..jadik saye nak balik muooo...yeyyyyy...

Wednesday, April 20, 2011

BEN ASHAARI suruh teka harga durian ini !

Posted by cinda at 6:10 AM
Reactions: 
5 comments
hehehehe...join lagi...huh bape ek rege doroyan nih...nampak cam comel jerk...
hummmm....kalo kecik camnih kat paso malam..kira jual 3 biji rm10....




k kengkawan..jom teka reramai..mana tau ade luck!!
nak join???...klik SINI

Tuesday, April 19, 2011

klik klik gambar

Posted by cinda at 11:32 PM
Reactions: 
5 comments
Mereka suka memberikan pose yang menarik..



my cousin darwisy & danien
penghibur keluarga kami...nak tggu my juniorr.. x tau biler











adik saye..amy


besorrrrrrrr.......kecikkkkkkkk

si bungsu najwa


paling suka gambar ni..uniq


huaa..baju saye dah jadik hak milik adik..
daku sudah gemokk
(baru form 4 dah pepandai rebounding...huh budak skrgg!!)

Sunday, April 17, 2011

cerita cacamerba

Posted by cinda at 7:11 PM
Reactions: 
2 comments
salam isnin suma...
tuan tanah amat-amat keletihan semenjak dua menjak ini
umpama tiada masa bersenang lenang..mandi lelama feeling2 cuci muka ala-ala spa
senang citer tiada masa untuk diri sendirk..huaaaaaa...
jadik nak bercerita segala xtvt pun dah tunggang tebalik..dah xleh ikut turutan...
saye citer dalam gambo je lah yerrr



lepas abis kenduri pakcik
p kursus plak kat Avillion melaka 4 hari



geng memekak n sebilik
nice to know u ana...happening

hajar...sebilik
n saling memerlukan masa kat opis...hehehe






makanan dia saye bagi 5 bintang...mmg sedapp
dapat makan ketam dua kali..
cuma tunggu asam pedas melaka..x muncul sampai sudah
dan akhirnya
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
balik umah trus masak sendiri asam pedas johor peberet saye..

saye masak hokeh!!



abis kursus kat melaka..balik umah sehari packing balik senawang
sabtu turun balik Melaka g kenduri husband side..
'
'
'
'
'
'
'




pengantin..

pas abis kenduri...akak ipo ajak jenjalan..
(gambo dlm hp malas upload)
pegi Melaka planetarium
very very exhausted...

hokeh cukup!!


Nak terbang!!!

Posted by cinda at 6:42 AM
Reactions: 
6 comments
Baru lepas booking flight...
yeeeeyy...saye nak terbang tapi..tapi
destinasi: Rahsia
tujuan: Rahsia..

hahahaha...kasi gempak skit...

nanti cinda dah balik cinda citer eh..eh

booking adelah secara mengejut...

jadik..perlu ambil coti 3 hari 25hb-27hb..

moga selamat pergi dan balik
untuk saye...amin

Thursday, April 14, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Posted by cinda at 8:45 PM
Reactions: 
12 comments

jom GEGAR bersama Abg Ben Ashaari
Click kat sini
kalau join gegar abg nih leh tingkatkan traffic...

Suasana kiamat

Posted by cinda at 5:20 AM
Reactions: 
2 comments

Ya Allah kau tetapkan hatiku ke jalan yang lurus..amin

Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

White Pounch GA'Lulu Caldina' Dan 'Lenloy -Closet'

Posted by cinda at 2:10 AM
Reactions: 
1 comments
penat penat pun saye nak join gak GA nih...
saye telah ditag oleh cik Mucux

dan saye nak tag pada 2 followers

Sunday, April 10, 2011

Datuk K kawin lagi!!!???

Posted by cinda at 9:41 PM
Reactions: 
6 comments

salam isnin...hi hi hi lama sungguh tak update blog
trus rasa blog dah penuh lalang..berabuk..tuan rumah sibuk sesangat..
hehehehe...tajuk kena gempak..Tahun 2011 ni kira WEDDING OF THE YEAR tuk family aku...
tajuk diatas tu sesuai untuk pengantin sebab beza pengantin doploh tahun sama mcm citi
cuma bezanya pakcik aku bukan Datuk Seri tapi pak metua dia yang Datuk Seri..hehehe kira dah dekat la kan..
kalau datuk K kawin ngan siti masa umor dia 48..pakcik aku plak dah masuk 50 tapi mesti korang tak caya kalau tengok pakcik aku..sure punya...(rahsianya dia amat jaga makan)
jadik atukku sampai menitis air mata..nengok pakcik aku naik pelamin lagi (kali kedua sama cam DatuK K..heheh)..jodoh pertemuan suma ditangan tuhan..mmg bende tak jangka..pakcik aku yang liat nak besanding ni pun ikutkan je la pihak pompuan..siap ade mlm berinai bagai..





ngalahkan anak datuk mereka ini..


pokde saye..n wife..Balqis

saye...

muka bengang sbb x tau ade majlis berinai

kuarga belah perempuan

keluarga kami

k@mi lagi

pakcik pakcik saye..

pok pek pok pek..


Majlis langsung kat Dewan MBSA Shah Alam


ketibaan pengantin




anak sedara jadik pengapit..

hansome x??
50 tahun hokeh...

dah gelisah..panas ler...ade tajam-tajam kat pale ler..bebel x selesa memanjang..

punya lama sanding..ade silat

ade nari nari

ade nyanyi nyanyi..Herman Tino





anak sedara sulung(saye ler..)yang ngurus..kulu kilir..
putrajaya-shah alam 3 hari berturut2...ponat oooo



lepas abis majlis n intertain sedara jenjalan ..makanmakan
saye siap2 pack nak g kursus plak...lege...kira 4 hari rehat

ikuti kisah saye berkursus plak k..bubbyy
 

CeriteraCinda Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea