Mengapa anda perlu menyimpan EMAS?
Disini disenaraikan beberapa sebab mengapa anda perlu menyimpan Emas. Antara sebab yang tersohor adalah seperti berikut:
- Emas adalah kekayaan yang sebenar.
- Harga Emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
- Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.
- Aset yang terunggul.
- Ia tidak boleh dimanipulasikan.
Penjelasan:
1.Emas adalah kekayaan yang sebenar.
Emas menjadi pilihan sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun dahulu di mesir. Orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang dicop nama firaun sebagai wang.
Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
a)Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak pudar untuk selamanya.
b)Emas tidak boleh dibinasakan.
c)Tahan lasak
d)Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
e)Ia sukar diperolehi
2.Harga Emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Untuk pengetahuan anda, rekod harga emas boleh dilihat daripada laman web www.kitco.com. Sejak 10 tahun lalu, harga emas sudah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatic anda memperoleh keuntungan daripada kenaikan harga emas. Mengikut analisis yang dibuat, secara purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Sebagai contoh, pada tahun 2001, nilai emas 916 ialah RM 50/gram. Pada tahun 2011 bolehkah anda mendapat harga ini?
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.
Wang kertas selain mudah dibinasakan, ia juga merupakan penyimpan nilai yang lemah. Nilai wang kertas sentiasa turun untuk jangka masa panjang. Perkara ini dibuktikan dengan kurangnya kuasa beli nilai wang yang kita miliki. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, belanja anak sekolah ialah sekitar 20-30sen sehari cukup untuk membeli makan dan minum. Pada 2011, ibu bapa membekalkan paling kurang RM 2-3 sehari dan mungkin lebih untuk makan minum disekolah. Dengan kata lain, ibu bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama.
Contoh lain:
KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-
Tahun 2002:-
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140
Jumlah = RM9100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
Tahun 2009:-
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502
Jumlah = RM9036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.
"Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!"
4. Emas adalah asset yang terunggul.
Salah satu keistimewaan emas adalah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia merupakan asset yang paling mudah dicairkan/ditukarkan kepada wang kertas. Tiada asset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi juga boleh dicairkan di seluruh dunia.
5.Emas tidak boleh dimanipulasikan.
Antara keistimewaan lain ilah emas sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Justeru itu, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah sesuka hati dengan mudah. Ini menyebabkan ia senantiasa bernilai. Berbeza sekali dengan wang kertas, ia boleh dicetak oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi.
Anda boleh membaca kegagalan wang kertas di sini.
http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies
Di Zimbabwe, sesiapa yang menyimpan kekayaan dalam bentuk wang kertas akan mendapati kekayaan mereka lenyap begitu sahaja.. Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai. Ia hanya kertas. Di Zimbabwe, 100 Billion Zimbabwe Dollar hanya boleh membeli 3 biji telur sahaja.
hahah,,btul2..dpt mel ni dr someone..kne simpn mas
ReplyDeleteko bayangkan sedara aku yg bli mas taun 90 an..dlm 3 ribu skali dia tanya sekarang dah cecah 13,000..perkhh...dulu kan rege 30++segram
ReplyDelete