Tuesday, October 1, 2013

Al-Fatihah buat Nendaku Allahyarhamah Syarifah Zainab Syed Hashim Kembali kerahmatullah pada 21 September 2013

Posted by cinda at 12:46 AM
Reactions: 

Hanya seminggu demam..puncanya sakit perut selepas menikmati buah rambutan yang masak ranum sekitar rumah..mungkin nak jadi sebab agaknya...
Kembalinya Allahyarhamah pada umur 78 tahun selepas 18 tahun pemergian suami tercinta...
12 tahun dipelihara tokmak dan tokbah mungkin menjadi pengalaman yang indah dizaman kecilku..
Jika sekarang ada sifat baikku..mungkin datangnya dari didikan mereka..tegas tapi penyayang...

Nendaku seorang yang penyayang..diberinya gelaran untukku dengan timangan sayang..mungkin cucu pertama gamaknya..seorang yang sangat meminati segala jenis bunga..dihalaman rumahnya dulu penuh dengan segala jenis bunga..paginya mesti dihabiskan dengan melayan bunga bungaan..disiramnya..dicantas..dialih..rutin yang tak tinggal sehingga akhir hayatnya...

hasil tangannya sentiasa menghiasi meja makan pengantin..sungguh kreatif..dan aku sering menjadi peneman..leka melihat beliau mengulit tembikai , dijadikan bakul sebagai penghias meja..

Jika tiba bulan puasa tokbah akan sibuk membeli peralatan kuih kerana dia tahu isteri kesayangan akan menghasilkan hampir 20 jenis kuih raya yang berbagai rupa dan yang pasti sangat sedap ..tokmak akan tekun membuat kuih dan sangat berhalus..boleh leka jadinya..kuih peanut butter,kuih dam,kuih sarang semut, kuih kapal antaranya..

Tokbah pulak pakar dalam kuih muih tradisional..kuih talam..kuih apam.dan yang paling special ubi sira..semua tu hasil tunjuk ajar tokmak..dan setiap kali tokbah memasak memang leka aku memerhati sambil tokbah tak putus memberi nasihat ...dan aku rasa sedikit sebanyak minat memasak aku memang dari diorang..amin..

kalau nak cerita selama 12 tahun tu banyak sangat kenangan..dan banyak yang indah..

 Sambut harijadi terakhir 23.4.2013

 ArwahTok Enon & Tokmak


 Mak..sebagai anak sulung...

 tokmak n tokbah...semoga bertemu di Jannah....

Baju tokmak yang muat kat badan aku....

#Al-Fatihah kepada ke empat empat Arwah datuk dan nenek..semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman....Aminnnn

0 comments:

Post a Comment

chomelnyerrr korang sebab mengomen...

 

CeriteraCinda Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea