masih terasa baru menyambut tahun baru 2012
hari ini aku tak kemana mana..cukup cukuplah berjalan
bulan disember dah berjalan ke Cameron dan Terenganu...ohh belum buat entry ke tengganu lagi
hari ini plan asal nak ke Jalan TAR,dah janji nak cari kemeja suami untuk majlis kahwin sepupu bulan satu ni
tapi bila dah mula mengemas rumah rasa malas pulak nak keluar
nilah masa nak mengemas pun sebab si Blacky hantar ke VET sebab diserang kutu yang teruk n terus nak sunatkan dia. hahaha rasa sunyi pulak rumah ..
Tahun 2012 ditinggalkan dengan seribu satu kenangan..
ada yang dah tercapai dan masih belum tercapai..
kalau difikir manusia ni tak pernah rasa cukup..ada saja yang kurang
patutnya bersyukur tuhan masih beri kesihatan yang baik..dan alhamdulillah tahun 2012 kesihatan baik sepanjang tahun..amin.
suasana di pejabat pun elok..kerja pun ok dah takde dah stress pasal kerja sangat...
Semoga tahun 2013 banyak perkara baik yang akan menyusul..In Sya Allah...
#rindu nak rajin memasak semula..hurmmm
0 comments:
Post a Comment
chomelnyerrr korang sebab mengomen...