Sunday, July 8, 2012

Soto ayam di pagi sabtu

Posted by cinda at 5:56 PM
Request dari suami..
bila di puji sedap..sedap..
maka perlu dimakan dari pagi hingga malam la kan....

jomm la share bahan-bahan untuk resepi soto mudah ni.
biasa pun kalau balik muo..memang pepagi cari soto tersedap kat bandar muar
mesti lah kat bazaar lama tak pun kat sebelah pos malaysia.

resepi ambik kat My resepi

Bahan-bahan ( 2-3 org kot )

  • 1 ekor ayam - direbus
  • Sup Bunjut ADABI/Rempah Soto Sernan(Dari Muar)
  • B.merah, b.putih, halia - ditumis
  • Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik
  • Suhun - digoreng
  • [Hiasan]
  • Bawang goreng
  • Daun Bawang
  • Daun Sup
  • [Bahan kicap]
  • 20 batang cili padi
  • 2 ulas b.putih
  • 1/2 cawan kicap manis

Cara-cara

  1. Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
  2. Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk td.
  3. Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
  4. Selepas goreng, carikkan ayam mcm gambar di atas. Ayam carik siap.
  5. Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
  6. Kalau rajin buatla begedil simple yg pakai kentang tuh
  7. Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
  8. Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


0 comments:

Post a Comment

chomelnyerrr korang sebab mengomen...

 

CeriteraCinda Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea