RESEPI MEE BANDUNG SIMPLE
Resepi Asal : mak mertua
Bahan-bahan
1 peket mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong potong ring - jika suka.
50g udang kering ( blend )
1/2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
5 tangkai cili kering- leh tmbh jika nk pedas
suku cwn kacang tanah goreng (tumbuk/blend) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering utk memekatkan kuah.
2 biji keledek saiz kecil - rebus dan blend
telur (ikut bilangan bape owang nk makan)
sawi
tauhu goreng.
bawang goreng
Hirisan cili merah
Air rebusan daging
Gula
Garam
hirisan daging
limau kasturi / limau nipis
Cara-cara
Celur mee kuning
Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,kacang, keledek yang dikisar dan udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.*rasa mee bandung manis2 pedas.
Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan....
Juga kalau malas nak masak ikut resepi boleh cuba pes yang dah siap..mudah, dan cepat nak siapkan
Biasanya kalau nak raya ramai la opismate yg order pes mee bandung kat bawah ni..sebab mudah dan sedap
pada member yang rasa nak order boleh order sekarang..sebab sesambil aku balik leh la beli..
foto: google
adehhh
ReplyDeletekemain sedap lagi kak
setakat nie mee bandung yg mengikut selara aku
hanya ada di tanjung
cukup rasa udang geragaunya
mee bandung akak bila dpt rasa nie
hehehehe
kak nadi...nak order pes mee bandung muaa satuuu.....(betul order ni..x main main)...hahahhaha
Delete