Tuesday, July 3, 2012

Resepi Puding Roti Beraiskrim

Posted by cinda at 7:34 PM
Reactions: 



Salam selasa,
tetiba masa on the way ofis tadi teringat kuih raya yang emak buat
tapi pagi ni nak kongsi resepi mudah dan sedap nyam nyam..masa kali pertama buat bread pudding ni dah lama, ntah mana resepinya..cuma bebaru ni cuba buat balik tapi buat kat opis atas request kekawan..
nasibla masih ingat bahan asasnya..


bahan-bahan:


sebuku roti gardenia
4 biji telur
4 sudu besar tepung kastard
seliter susu fresh milk
butter untuk sapu di roti
kismis
gula


cara-cara:


*sediakan loyang
*potong roti segitiga dan sapu butter,susun dalam loyang secara bertingkat dan taburkan kismis dalam setiap      lapisan
*dalam bekas lain satukan seliter susu fresh milk telur, kastard dan gula, pukul hingga sebati
*tuangkan adunan keatas roti dan akhir sekali tabur gula untuk naikkan bau apabila di bakar
*biar selama 10 minit bagi roti kembang dan boleh dibakar pada suhu 170" cc selama setengah jam


kuah kastard:


masukkan setin susu cair ideal, 2 sudu kecil tepung kastard dan 2 sudu besar gula. masak diatas api perlahan dalam 10 minit dan sejukkan di dalam peti ais


Tips: sungguh enak jika bread pudding ini dihidangkan bersama aiscream vanilla....selamat mencuba

5 comments:

  1. sedapnya...nak copy resepi boleh???

    ReplyDelete
  2. bolehhh..memang nak kongsi pun...x rugi cuba tau..

    ReplyDelete
  3. mmg sedap pun. kalau tak, takkan lah ada yg mintak buat lagi sekali..
    k.nad. jg lupa kasi resepi yg senang2 lagi i like...

    ReplyDelete
  4. kita sesama carik resepi senang..pastu share ek..

    ReplyDelete
  5. yeay ! boleh try nie.
    ika suka puding ^^

    ReplyDelete

chomelnyerrr korang sebab mengomen...

 

CeriteraCinda Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea