tetiba rasa nak kongsi resepi cheese tart dengn orang kat luar tu...
sebab sesuai dibuat dah dekat nak raya nanti kan..
bahan pun senang sebab kalau buat sendiri lebih muai kata orang johor..kira berbaloi
biasanya untuk satu adunan mcm ni hanya ambik masa dalam 2 jam sajo..
bagi yang kali pertama nak buat ikut betul2 sukatan kat bawah tu, insyaalah jadik la..
sebab tu la resepi yang cinda guna masa kali pertama buat..alhamdulillah menjadi akhirnya...
akhirnya dapat jugak wat meniaga kecil kecillan..hikhik..
Bahan-bahan:
250g Butter
60g gula ising
sebiji telur (size B)
240g tepung gandum
cara cara:
Untuk membuat sweet pastry: Pukul butter dan gula ising sampai creamy, masukkan telur..pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung, gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh ke dalam bekas tart, tekan ke dalam kemas-kemas. Bakar pada suhu 180 C untuk 20-25 minit. Tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan.
Bahan untuk Cheese Filing:
250g cream cheese
50g gula ising
20g butter
1/2 sudu perahan lemon(saya ganti sunquick)
i biji telur (gred B)
Blueberry filling
cara untuk membuat cheese filling: Pukul cream cheese,butter dan gula ising till fluffy, akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul
sendukkan cheese filling tadi ke dalam piping beg dan pipekan ke dalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry fiiling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180'C selama 10 minit atau nampak filing tadi macam kering sedikit
untuk dapatkan corak macam kat atas ni..titikkan pewarna 3 titik dan tarik dari titik pertama ke titik ketiga
selamat mencuba!!
geramnya tgok gambar ni.. terliur tetibe :)
ReplyDeleteyeahhh
ReplyDeleterasa nie nak buat
kak nadi pkai cream cheese apa?
suka..suka..suka.. k.nad.
ReplyDeleteaii teringin sangat nak buat benda ni.. tp ovennye tak do..hii.
mucux: kalo terlebih duit beli brand philidaphia.250g rm 12.90, akak guna tartura joo..rm 6.90
ReplyDeleteoho cenggini cara buatnye...
ReplyDeletenk try la..thanks kak nadia